Penulisan kemudian mencurahkan idea ke dalam sebuah lembar
kertas, supaya ideanya tersusun dan bergerak mengikut kefahaman.
Berkarya, mengubah idea yang tersusun itu supaya mudah
difahami oleh pembaca. Bentuknya pelbagai: artikel, kartun pendek, komik,
cerpen, novel, malah hingga video-video pendek, drama dan filem.
Nak memperbaiki umat, hehe cerita yang jauh beza dari
diatas. Sudut aplikasi dari keilmuan. Bergantung kepada bukan
keilmuan semata, malah keberkesanan dalam penyampaian perlu diambil kira. Titik
pentingnya, mengajak berbuat, bukan sekadar memberitahu. Menjadi contoh, bukan
sekadar memberi contoh. Aplikasi, bukan sekadar hiasan otak.
Soalannya, bagaimana ilmu
yang kita ada boleh disampaikan
dengan berkesan supaya boleh
menyebabkan manusia berbuat. Mudahnya,
beri input dapat output. Kebiasaannya yang berlaku:
- Terlalu fokus pada input, kerana takut garbage in = garbage out.
- Pentingkan pada output, sampai lupa inputnya pun perlu disemak kembali.
- Input dan output ini tak perlu. Biar orang lain buat. Kita buat kerja sendiri.
- Tak pernah terfikir pun…..
Kenapa perlu membaca dan menulis?
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha
mulia. Yang Mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang
tidak diketahuinya”. (Al-‘Alaq: 1-5)
Wahyu pertama, dan anjurannya adalah supaya baca. Rahsia semuanya akan terungkap dalam pembacaan, otak malah aktif dan mencerna dan mencari jawapan. Masalah, punca, solusi semuanya boleh tersingkap dengan pembacaan.
Berapa ramai yang masuk Islam setelah membaca Al-Quran?
Bila baca Al-Quran, semakin tenang bukan?
Bukan sekadar menunjuk jalan, malam mengubat jiwa. Heh, siapa kata membaca cuma untuk exam? Kaput.
Kenapa kena menulis
juga? Hah, mari inspirasi kata-kata dari Ali Bin Abi
Thalib “Ikatlah ilmu dengan menulis”
Menulis, itu untuk
mengikat ilmu. Membaca dan menulis seharusnya adalah dua keping duit syiling
yang tak terpisah, ibarat iman dan ukhwah juga. Hilang sebelah, duit syiling
hilang nilainya. Keduanya perlu disinergikan bersama-sama untuk menghasilkan
karya yang maksimum kesannya: menyentuh penerima dan menyebabkan manusia
berbuat.
Beralasan dengan masa, tenaga, kerja, kesibukan, tanggungjawab : Not helping bro!
Cita-cita yang kita katanya mahu bawa ini besar, siap sediakan dirimu akhi. Rancang masa, siapkan kerja, atur keutamaan, kurangkan pembaziran masa dan tenaga.
Mari membaca, menulis dan berkarya supaya manusia akan berbuat kebaikan untuk Allah SWT.
Beralasan dengan masa, tenaga, kerja, kesibukan, tanggungjawab : Not helping bro!
Cita-cita yang kita katanya mahu bawa ini besar, siap sediakan dirimu akhi. Rancang masa, siapkan kerja, atur keutamaan, kurangkan pembaziran masa dan tenaga.
Mari membaca, menulis dan berkarya supaya manusia akan berbuat kebaikan untuk Allah SWT.
Kerana kita semua seumur hidup akan belajar dan mempelajari. Saling memperbaiki untuk kemajuan, saling menjatuhkan memundurkan.
Barokah bagi manusia
yang mampu menyebabkan orang lain berbuat!
27/11/2013
1:00 pm
Dekat UTP.
Menanti tibanya waktu itu.
27/11/2013
1:00 pm
Dekat UTP.
Menanti tibanya waktu itu.