SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Saturday, 4 January 2014

Tolak 10 poin, tapi dapat 40 poin!


Tak menyesal ke tak pergi ke luar negara waktu dulu?

FLASHBACK: Dengan keputusan SPM 2007, macam-macam permohonan dibuat. UPU, Matrikulasi, UTP, MARA, JPA. Akhirnya, dapat tawaran dari MARA. Peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Australia (2 tahun persediaan di Malaysia, 3 tahun seterusnya di Australia). Waktu tu, macam terkejut juga anak kampong dari ceruk daerah Bera boleh dapat tawaran sebegitu! Dah terbayang macam-macam benda baru boleh jumpa di Australia (naik semangat!). Jadi, bila bincang dengan keluarga nak pergi Australia, mak waktu tu nampak keberatan nak bagi. Ingat lagi, waktu tu sebab utama dia tak beri pergi adalah di luar negara tak selamat. Gempa bumi, kemarau, banjir, ribut taufan etc (semua ni memang ada berlaku waktu tahun 2008, tapi bukan semuanya di Australia pun). Buat counter proposal, cerita macam-macam pada mak pros dan cons untuk ke luar negara. Akhirnya dia beri, tapi dalam keadaan dia masih tak setuju (rasanya). Tak sedap hati juga nak pergi, aku kuatkan semangat untuk tolak tawaran.

“Kalau belajar jauh-jauh, tapi mak tak redha, buat apa? Tak payahlah….”

Itulah ayat yang aku selalu guna, nak sedapkan hati. Kecewa memang ada, tapi tak lama. Terubat juga, dapat tawaran masuk ke UTP siap dengan sponsorship penuh PETRONAS. Terus terima!

Menyesal dengan keputusan itu? Alhamdulillah, tak sedikit pun. Bahkan, boleh dikatakan antara keputusan paling tepat pernah aku buat. Kalau aku tak ke UTP, tak mungkin aku menjadi sepertimana sekarang. Dapat berjumpa dengan coursemate Petroleum Geoscience yang oshem, dapat belajar Petroleum Geoscience bahkan dapat peluang untuk mengenal lecturer-lecturer Geoscience Department UTP yang oshem. Kenangan-kenangan sewaktu fieldtrip, masuk hutan Gerik buat river traversing (paling imba!). 

Tapi sebab kenapa ini keputusan yang tepat adalah kerana bila aku masuk ke UTPlah aku mengenal malah serius dan konsisten dengan Al Quran. Dapat berjumpa dengan ikhwah-ikhwah di UTP yang tsabat dan oshem di jalan dakwah. Seronok berjaulah bersama-sama, lelah panjat bukit (2011) dan gunung (2013) bersama-sama. Dapat jumpa ikhwah-ikhwah sekolah (terutamanya di MRSM PDRM). Kalau halaqoh, lagilah macam-macam kenangannya. Tertidur, lambat datang, buku hilang, kena tegur sampai menusuk ke hati (heh :)) etc. Waktu itu, memang ada masa juga masa naik dan turunnya (teringat pulak tahun 2012) tapi kalau semuanya dipendekkan, semuanya oshem. Baru kelihatan hikmahnya sekarang, aku yang di Malaysia ini dapat berada dalam lingkungan yang baik. Sedangkan kalau aku ke luar negara, pasti keseorangan. Kiranya itu terjadi, aku tak mampu untuk kuat seorang diri menjaga keimanan.

Yang pentingnya dalam membuat keputusan bukan sekadar memilih yang paling betul dan terbaik dari yang ada, tapi juga yang tak kurang pentingnya adalah memilih yang tepat. Berapa ramai yang rasa main game, bercouple itu adalah keputusan yang  betul dan terbaik (peer pressure agaknya). Tapi akhirnya menyesal bila tengok-tengok keluar result exam, jatuh?. Barangkali, keputusannya tak berapa sesuai, tak berapa kena dengan cita-cita dan rasa hati. Tapi, jika itu keputusan yang tepat, insya Allah itulah yang betul dan terbaik. Mari muhasabah dengan ayat 216 dalam Surah Al Baqarah (2:216). 


Q.S Al Baqarah, ayat 216.

Tak salah kiranya turunkan 10 poin untuk cita-cita tapi mendapat 40 poin kerana mengambil jalan yang menguntungkan dunia dan akhirat (mungkin lebih poinnya!)

Wallahu ya’lamu, jangan bimbang! 
Waantum lata’lamun, yakin pada Allah SWT dengan keyakinan yang baik!

Untuk yang pernah buat kesilapan dulu, jangan jatuh kali kedua!

1/1/2014
10:45 pm
Di rumah kampong.
Dapat idea untuk menulis semasa dalam perjalanan.