Kenapa kita buat dakwah dan tarbiyah dengan cara ini? Mari baca nukilan dibawah oleh akh Mujahid Pingu. #truestory.
NOTA: Ada sedikit pengubahsuaian dari nota asal. Sesetengah ayat aku 'bold'kan kerana itu point penting. Sapa nak jimat masa/malas nak baca, baca yang dah di'bold'kan je.
*******
[DIARI MUJAHID PINGU]
Semalam sewaktu aku sedang menyampaikan bahan mengenai Kondisi Umat Islam Sekarang dalam halaqoh, seorang brother dari Egypt menyapa dan ingin menambah poin mengenai da'wah yang aku bahaskan.
Katanya:
"You are right my brother. Today's da'wah, there's a lot of people doing da'wah amma. Things like talks, conferences, even the jum'ah's khutbah. But the problem is with da'wah amma, it doesn't do much change. The people won't listen and even some of them are sleeping, busy playing with their gadgets. They will only come to enjoy, not to learn something. They may come to learn but not to change themselves, just for the sake of knowledge, not to convert their knowledge into action."
Ketika itu semua mutarabbiku tersentap dan ada juga yang masih cuba menangkap slang English yang brother tu gunakan.
"The only thing that will change this ummah, is da'wah khossoh. Like what our beloved Prophet did back in the early stage of da'wah in Mecca; nadwah, halaqoh, usrah. Back in the house of Al-Arqam ibnu Abi Al-Arqam. This is the most efficient method for da'wah. You approach people, explain to them about Islam and the importance of being a real Muslim. And insyaAllah, this method will revive the iman of the Muslimeen in this world if everyone understand and do this method, together."
Kemudiannya brother tersebut ingin berundur diri asbab ada perbincangan subjek Precalculus. Sebelum dia pergi, dia sempat memberiku satu nasihat..
"But the most important thing in da'wah khossoh, you brother," sambil menuding jari ke arahku, "must maintain your ikhlas. The things I share to you guys just know, if my intention is just to show how good I am, then it'll be no point. There's no ikhlas in it. And you brother, must remember the du'a that our Prophet taught us to secure and maintain our ikhlas."
اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُهُ
"O Allah! We seek refuge in You from associating anything other with you while we know it, and we seek repentance for associating something other with you while we don't know it."
"That's all. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Syukran jazakallah khair.."
Kemudiannya, dia pergi meninggalkan kami. Walaupun kehadirannya tidak sampai 10 minit, namun apa yang di kongsikan sangat berbekas di hati, terutamanya buat diriku sebagai orang yang selalu menyampaikan..
*******
Maaf, ini bukan untuk menyatakan bahawa cara "aku yang paling betul, korang semua sesat." Bukan, bukan itu benda yang aku nak tekankan disini. Benda yang aku nak tekankan, dan perlu kita semua fahamkan disini adalah:
1. Banyaknya (kerana berbeza-beza) cara yang kita gunakan akan meramaikan lagi orang yang kembali beriman/mahu beriman/ jadi beriman kepada Allah SWT. Kita semua sedang berlumba-lumba untuk buat yang terbaik [2:148] dalam kerja dakwah kita kepada Allah SWT. Insya Allah, dengan cara masing-masing yang kita yakin, kita akan menambahkan lagi bilangan orang-orang yang beriman. Tujuan kita sama, ruh dakwah kita sama. Kita sama-sama berharap supaya Islam yang akan untung, menang. Harap kita boleh melapangkan dada sesama kita dalam kerja dakwah.
2. Kenapa ini cara yang kita pilih? Kerana ini yang paling kita yakini, yang paling efisyen, yang selari dengan apa yang Rasulullah SAW pernah buat. Kita nak membentuk orang-orang yang berkualiti, bukan sekadar kuantiti, dan Rasulullah SAW dengan cara ini telah membentuk generasi yang sangat-sangat berkualiti. Kita perlukan orang-orang yang berbuat dengan kefahaman, dan merasakan kepentingan dakwah ini untuk mengubah dan menyelesaikan masalah/penyakit umat sekarang. Kita kumpulkan mereka yang berkualiti dan fokus untuk bina kefahamannya supaya kita boleh gerakkan secara tersusun.
Dah ramai sangat orang yang tahu, tapi tak ramai orang yang faham dan nak berbuat. Formula untuk kita mengubah keadaan ini adalah : Tahu + Faham = Tindakan (Dakwah).
Insya Allah, kita akan bukan sekadar memperbaiki diri sendiri dengan tarbiyah, tapi kita juga akan memperbaiki orang lain dengan dakwah. Kita yang paling banyak kekurangan, sebab itu kita mahu berbuat lebih.
24/03/2014 (sepatutnya, dah delay post)
12:39 am
BaTar 4
Kita yang memerlukan Allah SWT, sebab itu kita buat kerja dakwah.
Supaya kita yang lebih dulu mengingat Allah SWT.