SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Thursday, 18 July 2013

TKO: Alasan

Bila ajakan kepada kebaikan sampai, maka badan akan susah dan payah untuk digerakkan, seperti enjin yang tak ada pelincir. Otak akan secara otomatik mencari alasan yang paling sure TKO, supaya tak ditanya balik dan terima sebagai lampu hijau.

Bila sampai ajakan kepada yang selari dengan hawa nafsu keseronokan, enjin berfungsi dan sudah siap dipanaskan. Tak perlu fikir panjang, "Ini baru best!". Sebab dan alasan sure KO tak perlu dicari. Inilah yang sepatutnya, paling tepat, benar dan betul untuk dilakukan.


Nak gi bilik Asif main DOTA2 ke nak gi halaqoh?
Beralasan dengan kesungguhan. Memilih untuk kekal dalam kerugian (eh?).

Kenyataannya, kita bukan bodoh gabbana tak nak kebaikan, tak nak ke syurga. Ayat Al-Quran telah pun kita terima secara terus, nombor ayat Al-Qurannya ada dalam buku catatan, note dalm smart phone. Pasti All hands and feet in the air kalau ditanya soalan tadika: "Siapa nak masuk syurga?" Tetapi amal kita tak berbicara selari dengan mulut.

"Hati aku ni dah keras, tak leh dengar nasihat apa pun" - Alasan 1
"Aku ni tak suka kalau orang ambil tahu hal-hal aku!" - Alasan 2
"Lain kalilah aku join" - Alasan yang lebih umum 1
"Tak freelah malam ni...." -
Alasan yang lebih umum 2 "Tengoklah dulu" - Alasan yang lebih gaban umum
"Sorrylah abang/akak, saya........(dengan sebabnya) - (Dah agak dah....)

Bila diajak kepada kebaikan, kenapa yang keluar dari mulut adalah alasan?

Seronok dalam bermaksiat? Mungkin.
Lena dalam tidur? Boleh jadi.


Mungkin yang lebih tepat adalah kita tak mempunyai sebab dan tujuan dalam berbuat.
"Kalau main game, dapat seronok!" (Mood: gembira)
"Kalau solat, dapat pahala bang." (Mood: tengah bermuhasabah)

Bila benda yang mata tak nampak, susah nak percaya. Bertambah sempurna bila hati tak boleh merasa.

Suatu yang kita boleh fikirkan lagi adalah kurangnya kesungguhan kita untuk benar-benar mengubah diri kita kepada menjadi lebih baik. Berharap boleh berkompromi dengan beriman. Dalam nak beriman sikit-sikit, kita buat maksiat sikit-sikit. Dalam kita berhalaqoh, kita berharap kita masih boleh main game, bercouple, tengok movie, anime, K-drama dan J-drama.

Konklusinya, 2 benda:

  1. Tak mempunyai sebab dan tujuan.
  2. Kurangnya kesungguhan.

Tapi bang, kalau nak berubah kita kena buat sikit-sikit. Kalau sekaligus nanti berat.
Itu bagi mereka yang berubah tanpa tujuan yang jelas dan sebab yang kukuh. Cuma sekadar ikut-ikutan, sedang sebenarnya dia sendiri pun tak tahu apa yang dia sedang buat sebenarnya. Kalau sekadar ikut orang, tak memahami kenapa, memang tersesat (QS 6:116)

"Kenapa kau suka kat dia?"
"Oh, sebab aku suka tengok dia. Dia cantik, sopan dengan semua orang,.....(the list goes on......)

Untuk orang yang bercinta, sebab dalam mencintai akan menentukan berapa lama mereka akan bertahan sebagai pasangan. Sama ada putus dalam seminggu (ceh!), sebulan, setahun, selepas menikah.
Semuanya kembali pada sebab.

Wajar saja. Andai tak rasa berat, letih, lapar, haus, rugi; maka kita cuma robot. Terima arahan, jalan.

Tapi, kita bukan robot. Kita boleh berfikir

Bila tubuh badan dah biasa berlari jarak jauh, cakap saja berapa kilometer, pasti boleh capai garis penamatnya. Macam Mo Farah:
OMG!
Tapi, kita bukan Mo Farah.
"Depa dah berlatih bang, pengalaman bertahun-tahun. Mana nak compare dengan rakyat marhain cam kita!"

Ya, mereka berlatih.
Berapa banyak latihan yang dilalui Mo Farah untuk jadi Olympic Double Champion? Beribu-ribu jam.
Jadi: rasa berat, letih, lapar, haus, rugi? Lihat dan dengarkan saja kata-kata beliau:


Pengorbanan.
"You've got to choose one or the other. And I'm really glad that I chose athethics"
"Sometimes, I can't stand the hard work dan dedication. But I'm enjoying it."


Mempunyai tujuan dan sebab yang jelas
, tanpa ragu, tolak alasan ke tepi, berkorban untuk ke syurga. Mengetepikan kehendak untuk mengutamakan keperluan ke syurga.

Jadi, adakah maksudnya: kita redha untuk masuk Jahannam sedang satu usaha pun kita tak letakkan untuk mengubah diri sendiri, menggantikan maksiat dan dosa dalam diri dengan ibadah atau perkara yang bermanfaat? Lihat saja dalam Al-Quran, Surah Ar Ra'd, ayat 13 (QS 13:11).

Sekali lagi, rasa berat, letih, lapar, haus, rugi; Itu semua wajar.
Itu semua sebahagian dari ujian (QS 29:2-3). Its a part of the work, going towards the end. 
Kalau cinta tak perlukan alasan, mengapa ada alasan untuk kekal rugi?
Kadangkala kita pelik bila mendengar, ada yang menolak syurga.
Ya, menolak dengan amal perbuatannya sendiri.

Mari, kita cipta sebab untuk beramal dan beribadah, bukan alasan.

#57:16, #6:125, #91:8-10, #85:11, #47:32, #16:97, #13:11

Thursday, 11 July 2013

Mesir, itu gaban. Malaysia, jauh lagi la deh!


Dari Syeikh Yusuf al Qardawi: “Bagaimana kita boleh sabar terhadap pemerintahan Husni Mubarak selama 30 tahun tapi tidak sabar terhadap pemerintahan Mursi yang baru 1 tahun? Apa mungkin masalah (warisan Mubarak) yang terjadi selama tiga puluh tahun bisa diselesaikan dalam waktu setahun?”
Untuk memahami perkara ini, mari buat sedikit kajian tentang Mesir (highlight:sedikit)
Peta Mesir dan jiran-jirannya.

Demografi penduduk Mesir: http://en.wikipedia.org/wiki/Demographics_of_Egypt#Vital_statistics

Kalau nak buat perubahan macam kat Mesir, nak target siapa bang? 
Target orang yang bersemangat waja membara tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, penuh bertenaga sepanjang hari macam orang baru lepas minum Milo Vico: orang-orang yang bersemangat pemuda. Pemuda adalah golongan yang paling bersemangat dalam membuat, membawa perubahan. Takkan nak mengharap orang tua-tua gayut tongkat kaki empat gigi rongak suara takdak nak buat kerja sana-sini?

Contoh: Baru setahun perubahan di Mesir, berubah lagi landskapnya. Yang turun demonstrasi, tak kira sebelah mana pun sokongan mereka: pemuda. Berapa ramai pemuda di sana? Ambillah dalam lingkungan 20-40 tahun, +- 41.9% dari populasi Mesir adalah pemuda.

Namun baru setahun perubahan berlaku, berubah lagi......

Kenapa cepat sangat, baru setahun kot? 30 tahun boleh pulak bersabar. 
30 tahun itu, masa yang panjang. Pemuda pun dah boleh jadi tua gayut dah. Dah boleh melayu semangat pemudanya dulu. Disini kita boleh nampak ada generation gap. Golongan yang bawa perubahan sekarang adalah suatu kelompok yang berbeza dari kelompok yang terdahulu. Dulu, mereka boleh bersabar. Sekarang tidak lagi. Setelah berjaya menuntut Hosni Mubarak jatuh dengan 'kuasa rakyat', maka mereka menuntut perubahan dengan 'kuasa rakyat' juga.

Ya ke 'kuasa rakyat'?
Atau ini adalah masalah kesabaran? Tak mampu bertahan lagi, setelah bebas dari kezaliman, maka dituntut supaya hawa nafsu ini dipuaskan spenuh-penuhnya dan semahu-mahunya, selagi boleh sumbat, sumbat sampai termuntoh? Jadi, yang tak boleh memuaskan hawa nafsu perlu dijatuhkan dengan 'kuasa rakyat', sekali lagi kerana nak memenuhi hawa nafsu.

Jadi, apa yang kita boleh ambil pengajaran dari mereka di Mesir?
Banyak, terpulang pada sudu pandang masing-masing. Ada yang kata:
  1. Kita kena mentarbiyah tentera juga, baru boleh ada backup yang kuat.
  2. Kita kena kuatkan ekonomi kalau nak menguasai negara. Ambil contoh Turki.
  3. Kita kena ada kelompok sokongan yang besar, untuk menyokong dakwah.
Saya? Saya nak kita bersabar dalam buat perubahan. Sabar untuk mengubah diri dan masyarakat.

Pemuda yang sabar dalam membawa perubahan, aset terkukuh, paling oshem (baca:awesome) dalam menjamin perubahan dalam masyarakat. Kenapa Ikhwan Muslimin sukses dalam memenangkan pilihan raya sebelum ini? Antaranya adalah kerana adanya golongan terdahulu yang mampu bersabar selama 30 tahun, yang walaupun dipenjara, miskin; mereka mempunyai visi yang jelas bahawa kemenangan bukan hari ini, esok, mahupun tahun depan tapi jauh di suatu masa akan datang. Tetap sedia meneruskan kerja dakwah. Dan untuk itu, mereka bersabar dan meneruskan kerja mengubah masyarakat.

Pembinaan diri harus dimulakan terlebih dahulu. Cuba semak Quran, Surah at Taubah, ayat 122 (QS 9:122). Nah, mengapa kita tak memperdalamkan pemahaman kita pada agama yang kita bawa ini? Dakwah ini harus dibawa dengan penipuan mulut dan penampilan ke? Lalu, kita mengajak manusia pada apa? Kepada jemaah, untuk populariti, cari pengikut, atau nak mengkayakan diri sendiri?

Malaysia?
Nak memperbaiki masalah yang berlambak-lambak dalam masyarakat Malaysia? 1 tahun, 4 tahun mahupun 10 tahun pon belum tentu cukup. Semangat gabbana menuntut perubahan tak cukup, sekadar ikut-ikut pun tak cukup. Dakwah ini perlu dibawa dengan kesungguhan, bukan sekadar ikut-ikutan. Sekarang kita nak menyelesaikan masalah, bangun dulu dari lena dalam maksiat. Kemudian, kejutkan yang lain. Andai perubahan dalam diri tiada, maka jangan pelik jika tiada perubahan dalam keluarga, masyarakat. (QS 9:122) Mereka sedang menuntut perubahan, sedang di Malaysia ini ramai, mungkin semuanya sedang tidur lena dalam bermaksiat.

Lambat la bang macam ni. Bila kita nak menang? 
Yup, tengok pada cara, gayanya barangkali benar kemenangan itu jauh lagi. It is not even around the corner. Tapi, inilah jalan paling cepat untuk menjamin perubahan dalam masyarakat. Rasulullah SAW ambil yang lama juga dalam dakwahnya kepada Arab Jahiliah. Gerakan Islam menang di Turki dan Mesir, pun bukan sekadar 10-20 tahun baru menang pilihan raya. Jalan kita di Malaysia maseh panjang, banyak lagi kerja kita kena buat. Mari terus berdakwah dan berhalaqoh!
Mari mula berubah,
Sabar dalam berubah,
Alangkah indahnya jika inilah Ramadhan yang kita mula berubah.
Menjemput hidayahNya. (6:125)

#20:132, #18:28, #9:122, #6:125