SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Tuesday, 30 April 2013

Agar Bidadari Cemburu Padamu by Salim A. Fillah

Alhamdulillah, baru selesai membaca Agar Bidadari Cemburu Padamu tulisan Salim A. Fillah.

Pada saya, buku ini amat bermanfaat pada semua perempuan, tidak kira yang mahu mula beriman untuk menjadi hambaNya yang lebih baik, mahupun sudah meletakkan keutamaan cintanya pada Allah S.W.T, Rasul dan jihad padaNya.

Untuk lelaki pun, pada saya amat dgalakkan untuk membacanya. Manfaatnya lebih kepada mengenal wanita dengan lebih baik dan memotivasi diri mereka untuk menjadi mahu lebih beriman kepada Allah S.W.T.

Dimulakan dengan mengenal pada keutamaan cinta pada Allah S.W.T, Rasul dan jihad, disambung dengan tribulasi dalam mengubah diri, kemudian mengaplikasikan cinta itu dalam pelbagai posisi dan profesi, sampailah kepada penikahan yang diredhai Allah S.W.T.

P.S - Agar bidadari syurga itu cemburu dengan ibadahmu di dunia. Terbaik dunia wal akhirat!

(Boleh didapati secara online. Baca yang original)

Thursday, 25 April 2013

Nak makan nasi pun tak senang...



Rasa sesak dada. Tak boleh bernafas.

Tak sangka ada manusia yang hati cenderung untuk dunia.
Dengan anaiya orang lain!

Buruk sangka, Astaghfirullah. Istighfar banyak-banyak.
Bersangka baik, insya Allah.
“Send a good signal to Allah S.W.T and Allah S.W.T will also reply with a good signal”
(Aplikasi dari buku The Secret by Rhonda Bryne. Ada kelapangan, akan saya buatkan summarynya)

Allahu Akbar.
Macam mana aku boleh jadi macam ini?
Terlupa yang dalam bacaan harian,

Hanya Engkau yang kami sembah, dan kepada Engkau kami bermohon pertolongan.

Sepotong ayat ini kembali mengingatkan saya, untuk bergantung pada Yang Sentiasa Ada.
Mata tak nampak,
Tangan tak dapat memegang,
Pun tak boleh rasa lembut atau keras,
Lalu logik akal akan mengatakan: Tak logik dek akal.
Macam mana nak percaya?

Percaya bukan letak pada rupa.
Berapa ramai yang rupa hensem tapi penipu?
Percaya bukan letak pada kata-kata.
Cakap meyakinkan, tapi tipu.

Percaya cuma hadir bila kita merasa yakin.
Ya, keyakinan.
Bukan mudah untuk membina keyakinan.
Dan sebab itu ujian hadir, untuk memantapkan keyakinan.
Yang Allah S.W.T itu sentiasa ada.
Sedang manusia, harta, rupa lari dan hilang.
Yang tak hilang, tak lari: Allah S.W.T
Tempat untuk bergantung harap terbaik!

Hanya Engkau yang kami sembah, dan kepada Engkau kami bermohon pertolongan.

:)
UTP
Tadi sesak nafas, sekarang sudah OK.
Bila diuji, memang pedih.
Insya Allah, aku bertambah yakin!

Wednesday, 24 April 2013

Getaran jiwa.....melanda hatiku....



Ikhwah saya Mohamad Khir Bin Johari berkongsi:
Putih si pengirim, tak menjamin putihnya juga si penerima. Bisa jadi ia akan berwarna merah muda. Merah muda di suatu tempat di hati atau menjadi rona di pipi yang tak akan bisa disembunyikan di depan Allah.

“Tak berapa faham….apa putih, merah jambu Khir post ni?”

Tengok bawah-bawah sikit, baru jumpa artikel asal dia.

Allahu Akbar!

Kehendak Allah S.W.T, rupa-rupanya malam ni tercetus satu teguran untuk diri saya.

7:16-17. Bagaimana saya sudah terlupa pada ayat Al-Quran yang ini. Sekian lama mencari, baru hari ini jumpa.

Setan akan sentiasa mencari peluang untuk melemahkan kita. Tak dapat ikut game, masuk ikut kelemahan yang lain.

Yang paling menyentuh saya adalah bila terbaca bahagian ini:
“Paling menyedihkan saat ada seorang aktivis yang tiba-tiba berkembang gerak dakwahnya atau semangat qiyamul lailnya karena terkait satu nama. Naudzubillah tsumma naudzubillah. Ketika kita menyandingkan niat tidak karena Allah semata, maka apalah harganya! Apa harganya berpeluh-payah bukan karena Dia, tapi karena dia. Seseorang yang sama sekali bukan apa-apa, lemah seperti manusia lainnya.”
Ya Allah, janganlah engkau jadikan cita-cita hidupku sekecil itu. Kecilnya cita-cita hidup. Kalau begitu, untuk apa bersusah-susah berkorban dalam dakwah?

“Hanya untuk sekadar menikah dengan akhwat yang solehah?”

Sia-sia pengorbanan dalam dakwah. Habis peluang untuk berbuat pahala. Kerana  niat yang dari mula sudah salah. Adakah banyak kali mendengar, malah menghafal Hadis 1 dalam Hadis 40 Imam Nawawi itu menjadikan pengajarannya tuli, pekak dan bisu?

Rugi hidup, kerana cita-cita yang kecil.

Terima kasih Ya Allah, terima kasih Khir atas pengajaran ini. Moga akan sentiasa kekal dalam ingatan saya pengajaran ini.

P.S - Artikel asal: http://www.gamaguchin.com/2012/01/akhwat-modis-ikhwan-genit.html
P.S 2 – Kalau bab menikah, kita cerita kemudian. Tetapkan niat, perbaiki keimanan.

Update Post Dulu, Biar Mark Zuckerberg Tahu

Kisah seorang doktor dan pesakitnya

"Sakit pale dokte....."
"Saya periksa sekejap ye Pak Cik...."
10 minit kemudian.....(lama checknya)

"Pak Cik ni sakit sebab banyak berfikir, tolong kurangkan kerja-kerja berat dan banyakkan rehat."

*__________*

4 hari kemudian....pak cik yang sama datang lagi ke klinik yang sama.

"Sakit lagilah dokte. Dok ilang pong. Rehat doh banyok doh. Guane ni dokte?"
"Tak hilang lagi?"
"Tu lah, pale ni asik denyut je, dok ilang-ilang. Pak cik ikut cakap dokte, rehat......ilang kejap. Pastu, sakit balik."
"..........."

5 minit kemudian.....(eh, kejapnya)
"Pak Cik makan ubat yang ini pula. 2 biji sekali makan, 3 kali sehari."

*_________*

1 minggu kemudian.....pak cik yang sama datang lagi.
Masalah yang sama berulang.
“Pak Cik makan ubat yang ini pula, yang ini kuat sikit, kalau makan ubat yang ini nanti boleh mengantuk. Jadi, jangan kerja yang berat-berat, bawa kereta lepas makan ubat.”

*­­­­­­­­_________*

Entah dah kali yang ke berapa dah ni, Pak Cik yang sama datang, masalah tak selesai-selesai.
“Kita cuba X-Ray dengan CT Scan ya Pak Cik. Tengok apa masalahnya.”

…..(Teka la berapa lama untuk analisis scan-scan macam ini)

“Ada ketumbuhan dalam otak Pak Cik, dan kita perlu buat pembedahan segera untuk selesaikan.”

(Bersambung)


Dalam kehidupan, masalah akan sentiasa datang. Masalah yang datang menyebabkan kita down, rasa letih, penat, complain banyak-banyak kat Facebook, rage kat Twitter, upload video di Youtube, emosi terganggu, tak boleh buat kerja etc.
Datang satu soalan: Apa jalan penyelesaiannya?
“Ini semua salah dia. Dia yang cipta masalah ini, jadi dia yang kena selesaikan! Bukan tanggungjawab kami pun…..”
Datang satu soalan: Apa jalan penyelesaiannya?
“Kenapa saya pulak yang kena fikir? Fikirlah sendiri.”
Datang satu soalan: Apa jalan penyelesaiannya?
“Bukan tanggungjawab I OK. Tolong settlekan benda ni.”
Datang satu soalan: Apa jalan penyelesaiannya?
Ini kalau dalam satu komuniti. Kita ubah ke sudut lain.


“Tido dulu la, let my future worry about this problem.” (Teori dari How I Met Your Mother)
Datang satu soalan: Apa jalan penyelesaiannya?
“Aaaaahhhh, tension pikir. Layan movie dulu.”
Datang satu soalan: Apa jalan penyelesaiannya?
“Biar jelah. Apa nak jadi, jadi.”
Datang satu soalan: Apa jalan penyelesaiannya?

Inifinite loop!
Masalah takkan selesai dengan complaint, rage tweet, update status kat Facebook untuk biar Mark Zuckerberg tahu yang anda marah.
Ataupun anda duduk diam-diam, tak berfikir macam mana nak selesaikan masalah.
Bila berdepan dengan masalah:

FIKIR SOLUSI, FIKIR SOLUSI, FIKIR SOLUSI
Bila anda gunakan ubat yang salah, maka ia bukanlah ubat.
Itu racun.
Kalau apa yang anda buat akan melegakan anda, maka itu cuma painkiller.
MASALAH TIDAK SELESAI

Bersama kesusahan, akan ada kesenangan.
Bersama kesusahan, akan ada kesenangan. (94:5-6)
Esok lusa, anda tersenyum.
Mengenang: "Teringat waktu aku tensen-tensen dulu. Haha. Memang takleh lupa."
Tahniah, anda telah melepasi ujian.

Nah sekarang bagaimana kalau sakit dalam jiwa?
Sesak dada, tension, marah, hilang arah, kecewa, down, hilang motivasi......
Kalau sakit dalam jiwa ada ubatnya, maka ubatnya cuma ubat penenang.

"Aik, ubat penenang je yang ada?"

Kalau diberi vitamin, makan banyak-banyak badan pula yang sakit. (Tambah penyakit!)
Bila tersalah makan ubat, makin parah sakitnya. (Punggah!)

Dari Mohamad Khir Bin Johari:
"Hati ini cuma satu.. Bilamana bukan Allah yang kita tempatkan, maka ia akan serabut..."

Serabut sebab salah apply ubat, doktor hawa nafsu yang cadangkan. Serabut sebab hawa nafsu yang menjadi tuhan.

Ubatnya untuk penyakit dalam dada ada di 10:57 dan 17:82.

P.S - 10:57 dan 17:82 itu bukan nama kedai atau farmasi.

P.S 2 - Terima kasih Khir. Update dari antum sentiasa jadi peringatan. Teruslah beri peringatan!

Tuesday, 23 April 2013

Saya tak nak hidup lagi....

"Kecik-kecik tak nak mampos, bila besar menyusahkan orang"
Itu kata-kata Direktor Ahmad Nifsu, berstatus lagenda di Malaysia ni.
Bila ditipu sekali, hilang kepercayaan pada manusia.
Putus harapan untuk hidup...
Tkde lah,
Boleh hidup, cuma akan extra 150% lebih berhati-hati.

Kemudian,
Bila diuji sekali, jiwa kita sungkur dalam memikir solusi.
Sebenarnya boleh untuk tak tersungkur...
Cuma terlupa nak bermohon pada Tuan Maha Besar,
"Tuan Maha Besar, saya tak paham kenapa jadi macam ni.....kat mana silapnya? Rasanya silap kat sini, tapi masih tak paham kenapa jadi camni...."

Di mana sikap berhati-hati kita supaya tidak tersungkur macam turbidites dekat deep marine slope?

Adalah norma kehidupan untuk diuji, bertahanlah wahai saya.
Surah Al Ankabut (29), ayat 2-3, bukan ke itu jelas untuk kamu?
Mana mungkin kita boleh kata beriman, sedang tidak diuji?
Mana mungkin boleh naik pangkat, kalau tidak diberi kerja yang berat?
Mana mungkin boleh kata GPA 4.2 (fuuuuu, menipu...), kalau tidak diberi exam terlebih dahulu?
Loh, dah tu nak minta dari sapa pertolongan? Datuk Kame boleh?

Mintalah pada Allah S.W.T!!!
Pasti ada solusinya!
Bohong kalau kata "tidak dapat apa pun"!
Nampak sangat menipu!

Tak nak hidup jugak?
Kalau cakap dengan saya, saya nak cakap:

"Pergi la cakap dengan Allah S.W.T."

Sunday, 21 April 2013

Gwiyomi? Nak makan penyepak ya akhi?

Saya hensem dan saya ada girlfriend. Anda?


Dalam halaqoh yang lepas, saya sempat mentadabbur Surah Yusuf. Antara perkara yang saya pelajari:

1. Beliau dipaksa oleh abang-abangnya ke dalam perigi (12:10) dan dijual sebagai hamba dengan harga beberapa dirham (12:20).

2. Bila sudah dewasa, hensemnya Nabi Yusuf A.S mampu membuatkan wanita-wanita yang melihat beliau tidak sedar terpotong jari sendiri (12:31).

3. Walaupun hensem, tak pula digunakan untuk memikat wanita-wanita. Bahkan beliau memaksa diri untuk tak nak dan lari ke pintu apabila digoda oleh isteri Al-Aziz (12:24-25).

4. Lebih suka dipenjara daripada bebas dan berzina (12:33).

5. Nabi Yusuf A.S duduk dalam penjara beberapa tahun lebih lama kerana orang yang dibantu oleh Nabi Yusuf A.S terlupa nak membebaskan beliau (12:42). Jarang-jarang kita dengar banduan terlupa untuk dibebaskan, biasanya semuanya on time.

Nabi Yusuf A.S diuji dengan kehensemannya: sampai diajak berzina, masuk penjara, bahkan duduk lagi beberapa tahun lebih lama sebelum bebas dan mendapat jawatan yang tinggi dalam kerajaan.

Maka, mengapa tidak mahu menjaga diri daripada zina sedang Nabi Yusuf A.S adalah bukti pemuda yang mengelak zina adalah pemuda yang berjaya dunia dan akhirat?

7:00 pm
UTP
Selepas pulang dari MRSM PC.

Apa yang penting waktu muda-muda begini? Girlfriend. Period.


Kecilnya cita-cita hidupmu......girlfriend?

Mengapa pemuda-pemudi tidak mahu menjaga diri daripada zina.....

Sedang Nabi Yusuf A.S adalah bukti pemuda yang mengelak zina adalah pemuda yang berjaya dunia dan akhirat! (dalam Surah Yusuf (12))

Masih ragu-ragu untuk tinggalkan couple anda? (17:32)

Apa pun kata anda untuk menafikan bacaan anda sekarang dengan:

1. Mengatakan saya salah/tidak bersetuju dengan saya
2. Dia tak faham, dia dulu mana pernah bercouple.....
3. Dia mana faham masalah kita, tidak memahami masalah dan keadaan.

4. Dia mana tahu banyak manfaat-manfaat bercouple....manfaat dia banyak....1. Bercouple ni...(Ok, tak perlu cerita disini)

Maka tak perlu 'Write a comment...' dibawah sekiranya anda terasa saya memperli kehidupan anda.


Sebab, saya sudah memberitahu anda. Anda sekarang cuma perlu:


Jawab dengan Allah S.W.T!

P.S - Anda rasa susah hati meninggalkan maksiat? Boleh baca dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5-6. (94:5-6)

P.S 2 - Telefon mak jauh lebih membahagiakan jiwa dari telefon couple anda. Tak percaya? Sila cuba dahulu.

Tuesday, 9 April 2013

The Outliers by Malcolm Gladwell



Tajuk Buku: Outliers, The Story of Success
Penulis: Malcolm Gladwell



Outliers merupakan sebuah buku yang mengupas tentang faktor-faktor yang menyebabkan kejayaan seseorang dengan meneliti corak dan mengambil contoh daripada sukan, personaliti terkenal dan dari pelbagai lapisan masyarakat. 

Gladwell menyakal pendapat bahawa kejayaan seseorang adalah atas usaha diri sendiri semata-mata tanpa bantuan pihak lain, bahkan mengusulkan bahawa kejayaan adalah merupakan hasil daripada kelebihan terkumpul (accumulated advantage). 

Pada awal buku, Gladwell menekan tajuk ini dengan mengusulkan bahawa bermula dengan hanya dengan satu kelebihan, boleh digunakan sebagai pemangkin untuk kejayaan dalam bidang masing-masing. Sebagai contoh, Gladwell memperkenalkan Hukum 10,000 jam (The 10,000 Hour Rule) untuk menjelaskan tentang kejayaan beberapa personaliti terkenal seperti Bill Gates dan The Beatles. Bill Gates contohnya, memanfaatkan peluang pengenalan komputer pada tahun 1968 untuk mempelajari tentang pengaturcaraan (programing) komputer secara percuma. Dengan kelebihan usia muda, beliau dapat mengumpul pengalaman sehingga mencapai 10,000 jam (secara kasar, +- 10 tahun pengalaman). Untuk membuktikan idea ini, Gladwell turut mengkaji tentang faktor kejayaan pemain piano dan violin bertaraf dunia. Ternyata, mereka juga turut mematuhi Hukum 10,000 Jam. Bagi Gladwell, ini merupakan garis yang antara berjaya dan gagal. Mereka memanfaatkan peluang yang ada, sanggup untuk membelanjakan lebih masa berbanding orang lain. Untuk kejayaan terhasil, juga turut memerlukan sokongan dan pengorbanan yang bukan sekadar di mulut.

Gladwell juga turut mengupas berkenaan kebolehan praktikal sebagai parameter kejayaan yang mana bagi Gladwell adalah lebih tepat dan logik daripada parameter IQ semata-mata. (Rujuk Genetic Studies of Genius karya Lewis Terman) . Beliau menegaskan bahawa, biarpun IQ mencapai 200, genius mana sekalipun manusia, tanpa kebolehan praktikal kita semua adalah sama. Kebolehan praktikal bagi Gladwell adalah kreativiti genius-genius ini dalam kehidupan, contohnya seperti:
  1. Skil dalam berkomunikasi
  2. Kemampuan memimpin
  3. Membuat keputusan pantas.
(Dan banyak lagi contoh lain yg boleh diketengahkan……)

Mengambil daripada hasil kajian Lewis Terman, kejayaan pelajar-pelajar genius dalam kajian beliau bukanlah disebabkan oleh IQ yang tinggi semata-mata, tetapi juga turut merangkumi latar belakang kehidupan. Mereka yang berada dalam persekitaran yang sentiasa menggalakkan kejayaan akan lebih cenderung untuk berjaya.
Gladwell turut mengolah lagi faktor masyarakat dalam membentuk kejayaan dengan mengambil contoh dari bangsa China. Dahulu hingga kini, petani di China menanam padi untuk menampung keluarga. Pekerjaan menanam padi menuntut usaha yang keras dan berterusan: dari menyediakan tanah delta sungai untuk benih tumbuh, menjaga benih supaya tidak mati hinggalah mengaut hasil. Ini secara tidak langsung, membentuk mentaliti mereka kerja keras dalam masyarakat China. Dengan kerja keras, mereka dapat menghasilkan kualiti padi terbaik dan terbanyak dalam bendang sawah padi yang sama. Bahkan, hasil dari pemerhatian Gladwell mendapati banyak peribahasa China yang amat menyerupai mentaliti kerja keras pesawah padi China. Contohnya:
“Pada musim sejuk, orang yang malas mati kesejukan.”
“Tiada makanan tanpa darah dan peluh.”

Secara tidak langsung, masyarakat China telah dibiasakan dengan kerja keras dalam hidup mereka. Bahkan hasil pemerhatian Gladwell turut mendapati kebanyakan rakyat China yang melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah dari selatan China, kawasan yang majoritinya adalah pesawah padi.

Kesimpulannya, Gladwell ingin membuktikan bahawa kejayaan tidak akan datang secara tiba-tiba mahupun dari usaha seorang diri. Permulaaan untuk sebuah kejayaan adalah bermula dari kosong, terbina secara sedikit demi sedikit dan menjadi kelebihan yang terkumpul (cumulative advantage) dari pelbagai faktor seperti kemampuan untuk berkorban, kerja keras, mencari dan memanfaatkan peluang dan sokongan dari masyarakat sekeliling. Tiada kejayaan datang tanpa usaha dan pengorbanan.

(Boleh didapati di kedai-kedai buku utama di Malaysia)