SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Wednesday, 26 February 2014

Anoynamous

Sekadar copy paste. Aku tersentuh dengan penulisan dibawah. Nama penulis tak disertakan, tajuk pun tak ada. Tapi, yang nyata dalam penulisan ini adalah sudut pandangnya yang benar-benar mencerminkan sebuah kata kerja bagi dakwah: membina.

*******
Mengendalikan sebuah usrah, adalah seperti mentadbir sebuah dunia dalam kesenyapan.

Tidak seperti dakwah umum;
Membawa usrah tiada publisiti, tiada liputan, tiada ganjaran.

Juga,

Menjadi seorang murabbi, tidaklah sama seperti personaliti dakwah.

Kita tidak akan punya page Facebook sendiri, status tidak akan menerima jutaan like dan share, blog tidak akan mendapat ribuan views.

Tapi sebenarnya,
Murabbi adalah kunci kepada perubahan dunia.

Carilah satu kaedah yang mampu mengislahkan manusia dengan sudut sekomprehensif usrah, mampukah?

Kamu tahu,
Manusia ini cenderung untuk melakukan apa yang dia paling mahir.

Mereka yang selalu melaungkan amal, mencanangkan kerja mereka, sebenarnya hanya mampu setakat itu.

Tapi mereka yang fasih berkerja, mentarbiah seorang demi seorang, menyentuh hati demi hati,
tidak akan banyak bersuara.

Malah mereka akan terus bekerja, kerana itu yang memaknakan mereka.

Itu adalah kepakaran mereka.

Ah, dakwah sudah mudah.

Ramai sudah yang mampu menulis kata kata enak, video video menarik, seminar dan dialog ilmiah. Ramai.

Namun masih ramaikah yang mampu bekerja tanpa dikenali, membina manusia demi manusia, mengubah no body menjadi somebody?

Menjadi seorang murabbi.

Semua akh biasa berdakwah, menyebar islam dengan cara sendiri.

Tapi hanya akh yang benar, mampu menjadi seorang murabbi.

Kita naik, dengan mengangkat insan insan lain.

*******
9:38pm
26/02/2014
BaTar 4
Masa telah berubah, cara masing-masing, kita berlumba menuju syurga.

Tuesday, 18 February 2014

Rest in peace bro?

Beginilah jalan yang sama-sama telah kita pilih untuk kita tempuhi.
Kita telah memilih untuk muncul dari gelap menuju gemerlapan.
Kemudian, mencuba untuk naik lebih tinggi, dari cahaya menuju atas cahaya.
Menjadi pengembala di tempat persinggahan, untuk sekadar mencedok rasanya.
Mengantarkan manusia menuju menuju jalan penuh cahaya, berkah dan hidayahNya.
Berpeluh keringat untuk menyalakan bara-bara api yang hampir padam.
Berlelah-lelah mengorbankan tenaga, buah fikiran, harta untuk mempersiapkan yang terbaik, hanya untuk redhaNya.

Bismillah,
Pada waktu ini, aku ingin menikmati jawapan dari Tuhanku.
Untuk memantapkan keyakinan, memberi jawapan, menghapus keraguan, menghilangkan khawatir, merasai kenikmatan.

Adakah aku berharap padaNya?
Adakah aku tak ingin mendapatkan nikmat saat Allah SWT menjawab semua doaku?

Untuk itu, sampai saat itu tiba,
Teruslah bergerak, teruslah bekerja mengharap redhaNya,
Teruslah berdakwah!
Biar amal-amal ini jadi bukti, bahwa kita hamba yang bersyukur.
Saat Allah SWT perlahan-lahan menjawab doa hambaNya,
Biar kita menikmatinya dengan cara ini.

Semoga tiap kelemahan diperbaiki dengan amal-amal.
Semoga setiap amal akan memberi pelajaran yang membekas.
Semoga tiap pelajaran menjadi pengukuhan hati.
Semoga keteguhan hati ini terus membawa kepada redhaNya.


8:33 pm
18/02/2014
BaTar 4
Do your best, let Allah do the rest.
Aku tak bersedih andai kehilanganmu. Moga Allah SWT memberi pengganti yang lebih baik.
RIP.

Thursday, 13 February 2014

Mengapa halaqoh ini seperti di sorga?

"Mengapa halaqoh, tarbiyah, dakwah kita ini sangat indah ya akh?"

Hidayah Allah SWT amat luas. Boleh datang dalam pelbagai perkara. Aku pernah mendengar ada orang masuk Islam, bermulanya kerana dia tersadung batu dan secara tak sengaja menyebut "Allahuakbar!". Pelik, dalam keadaan hambaNya tak sengaja sekalipun, Allah SWT mampu memberikan yang terbaik kepada hambaNya. 

Perasaan yang datang dari mana?
Entah, aku tak punya jawapan yang tepat untuk soalan itu.

Boleh jadi, ia indah kerana banyak berjumpa dengan orang yang Qana’ah yang tak tinggi hati karena kedudukan dan pemahamannya.

Mungkin, kerana tersentuh melihat orang yang berkain putih tak segan memeluk temannya yang berlumpur.

Barangkali, kerana berjumpa dengan saudara yang begitu sabar mencabut duri-duri tajam di hati saudaranya tanpa saudaranya itu merasa tersakiti. Subhanallah.

Atau, sebab ada juga saudara yang satu bersusah susah mendukung saudara yang lain, tanpa meminta supaya dibalas kebaikannya.


Cuma, kebahagiaan kita ini yang aku faham bukanlah suatu kebahagiaan yang bersifat dan bergantung pada kewujudan material, tapi lebih kepada suatu perasaan yang tenang dan bahagia yang lahir kerana amalan. Kita bahagia dan merasakan halaqoh ini indah kerana kita merasa bahagia meyakini, memahami dan mengamalkan agama Islam ini. Halaqoh ini cuma satu medium, dan aku harap kita tak terkeliru kerana kekaguman kita dengan murobbi, kerana dahsyat dan hebatnya ikhwah-akhwat mahupun kerana program yang kita sertai. Itu semua biasa, kita melihat perkara yang kita rasa terbaik dan kita mahu mencontohi mereka. Kebahagiaan dan indahnya halaqoh, itu dari internal kita. 

Makna pada sebuah kata "Islam itu Indah".
Aku tak bolah bayangkan andai aku akan sekali lagi berada di tempat lain dengan lingkungan yang tak seperti ini dan jauh dari tarbiyah dan dakwah ini. Ya, aku pernah merasakannya pada 2012 lalu. 

FLASHBACK: Bila halaqoh bukan suatu kewajiban mingguan, bila hadir program bukan satu aktiviti rutin bulanan, bila syuro dan liqo' tiada dalam celah-celah akvititi harian, bila SMS tazkirah ikhwah dan Jarkom memecah kesunyian handphone, bila pengisian murobbi bukan menjadi penguat dan pengukuh ketaatan pada Allah SWT, bila ikhwah bukan teman rapat yang sentiasa mengingatkan. Pada tahun itu, aku merasakan hidup aku penuh dengan kekosongan. Walaupun aku cuba memenuhkannya dengan pelbagai aktiviti lain seperti games, tengok wayang, berjalan-jalan ke pelbagai tempat, panjat bukit, masuk marathon (dan banyak lagi), tapi aku tak dapat mencipta kembali perasaan yang sama, bahagia dan tenang yang pernah aku rasakan sebelumnya (pengecualian untuk membaca buku-buku yang thought provoking. Serius best!). Berbeza pula bila Ramadhan tiba aku mula solat tarawikh, hadir ke kuliah dhuha, kuliah perdana, tilawah Al Quran. Aku sungguh amat tenang dan amat bahagia ketika itu. Ramadhan berlalu, perasaan itu pun berlalu bersama-samanya.

Tapi Allah masih sayang pada aku. Yang aku pelajari, ternyata bahagia dan tenang itu bukan datang dari siapa yang terlibat dan apa aktiviti yang diperbuat. Puncanya adalah pada untuk siapa kita berbuat. Allah SWT mengajarkan pada kita dalam Surah Ar Ra'd (13), ayat 28:
Surah Ar Ra'd, ayat 28.
Mana mungkin orang boleh mengatakan "Islam itu indah", sedangkan dia jarang sekali beramal. Amalan adalah sebuah medan aplikasi kepada teori kita, halaqoh adalah medan komitmen kita, gerak kerja adalah sebuah pembuktian kepada komitmen kita dan hasil adalah pembuktian kepada amal-amal kita. Indah, bila Allah SWT sentiasa bersama-sama dengan kita, meredhai setiap langkah dan perbuatan. From there, the meaning will sink deep: that our religion is beautiful. Indah bukan sekadar kerana penganutnya, malah kerana tenang dan bahagianya perasaan mereka bila Allah SWT ada bersama-sama dan mereka merasakannya, bukan lagi sekadar slogan dan kata.
  
Sungguh keberadaan kita di sini dalam halaqoh dan tarbiyah bukan karena ingin dipandang hebat tapi kerana ingin menjadi manusia yang lebih baik. Dan semoga hakikat dakwah akan tetap murni di tangan para jiwa yang bermujahadah. 

4.49 pm
13/2/2014
BaTar
Akhir kepada sebuah angan adalah satu cita-cita.
Akhir kepada sebuah cita-cita adalah sebuah kenyataan.
Redha Allah SWT akan jadi kenyataan.
Bila tersemat sebagai sebuah cita-cita. 

Wednesday, 12 February 2014

Sekarang, jerit kuat-kuat

Suatu ketika, kita akan diberi masalah.

“Hok aloh, macam mana nok dibuat nih?”

Itulah kebiasaan kepada mana-mana masalah. Ia akan hadir secara tiba-tiba dan tak memberi sebarang solusi. 

Simptom yang biasa dihadapi mangsa     : Blank, senyap tiba-tiba, tak angkat call, tak reply mesej, suka menyendiri (untuk lelaki sahaja kot).

Kesan yang biasa terjadi pada mangsa    : Hilang arah dan tujuan.

Dalam menyikapi masalah
Allah SWT ada menyebut dalam Al-Quran tentang ujian. Paling senang adalah dalam Surah yang amat sukai oleh Spiderman (mungkin, jika dia beriman siapa tahu :)), Surah Al Ankabut, ayat ke 2 dan 3:

Surah Al 'Ankabuut, ayat 2.
Surah Al 'Ankabuut, ayat 3.
Ujian itu adalah suatu penanda aras untuk melihat kepada tahap keimanan manusia. Ujian/peperiksaaan dibuat untuk menganalisa tahap kefahaman seseorang dalam satu subjek. Sekarang, kita ubah sikit. Pemeriksa ujian kali ini adalah Allah SWT. Sedang diuji, tahapan keimanan akan dianalisa; sejauh dan sampai mana dalam diuji oleh Allah SWT kita akan tetap menjadi seorang yang beriman kepadaNya. 

Semua orang akan diuji oleh Allah SWT, sesuai dengan tahapan keimanannya, dan ini disebut dalam satu hadis Rasulullah SAW:

Orang yang paling berat cubaannya adalah para Nabi, kemudian semisal dan seterusnya. Seseorang diuji sesuai dengan kadar agamanya, bila ia kuat memegang agamanya, maka akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Cubaan akan selalu datang kepada hamba hingga ia dibiarkan berjalan di atas bumi dengan tidak membawa dosa. (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan At-Tirmidzi) 

K.H Rahmat Abdullah juga ada menyampaikan satu mutiara kata yang penuh hikmah, berkaitan dengan ujian:

“Manusia itu akan diuji pada titik yang terlemah.”
"Setiap kita senantiasa diuji oleh Allah SWT pada titik-titik kelemahan kita. Orang yang lemah dalam urusan uang namun kuat terhadap fitnah jabatan dan wanita tidak akan pernah diuji dengan wanita atau jabatan. Tetapi orang yang lemah dalam urusan wanita namun kuat dalam urusan uang tidak akan pernah diuji dengan masalah keuangan.
Orang yang mudah tersinggung dan gampang marah akan senantiasa dipertemukan oleh Allah dengan orang yang membuatnya tersinggung dan marah sampai ia bisa memperbaiki titik kelemahannya itu sehingga menjadi tidak mudah tersinggung dan tidak pemarah. Orang yang selalu berlambat-lambat menghadiri forum dakwah karena alasan istri, anak, mertua, atau tamu akan senantiasa dipertemukan dengan perkara mertua datang, tamu silih berganti di saat ia akan berangkat..

Terus begitu sampai ia memilih prioritas bagi aktivitasnya apakah kepada dakwah atau kepada perkara-perkara lain."


Ujian tak hadir dalam keadaan paling best, paling gembira dan mudah. Ujian akan hadir pada titik yang terlemah, sesuai dengan namanya: ujian. Dalam keadaan yang paling tak selesa, paling tak best, inilah medan praktikal bagi kita. Sebelum ini, kita mungkin biasa mendengar dalam ceramah/kuliah, TV, radio etc. dengan teori tentang bagaimana nak menghadapi ujian:

                “Katakan pada masalah, kita punya Allah Maha Besar!”

Nah, bila ditimpa masalah, kesibukan etc, cuba ingat sahaja bagaimana kita praktikalkan cara itu menghadapi masalah itu. Adakah kita merealisasikan slogan yang kita canangkan diatas tadi? Mari kita menjawab dengan bercermin pada diri sendiri, ukurlah baju di badan sendiri, tepuk dada masing-masing (jangan jadi Tarzan pulak) tanyalah pada iman anda sendiri. Tak perlu kita refer kepada case study luar.

Dalam menyikapi masalah, mari kita ubah cara pandang kita dahulu kepada cara pandang orang yang bertuhan. Kenapa Allah SWT memberi masalah untuk kita selesaikan? Kenapa masalah ini hadir pada waktu sekarang, bukan selepas ini? Kenapa cuma kita yang menerima masalah ini, bukan orang lain? Soalan-soalan yang cukup subjektif, tak pernah ada dalam skema jawapan kita! Ternyata, kita tak punya jawapan yang tepat untuk semua soalan itu. 

Tak usah difikirkan sangat, mari kita bersangka baik dengan Allah SWT. Hadapilah sebagai orang yang punya keyakinan pada Allah SWT. Bunyinya macam tak kena, tapi tahniah sekiranya anda berdepan dengan masalah! Inilah peluang untuk memperbaiki diri sendiri, menjadi lebih kreatif, menutup ruang kelemahan yang terlihat dek manusia. Terima ia sebagai peluang untuk lebih dekat kepada Allah SWT. Jadikan peluang ini untuk dirimu menjadi orang yang penuh dengan kebaikan, supaya ramai yang boleh mengambil manfaat darimu. Cuma setelah merasai gelap baru kita akan faham pentingnya cahaya. Berubah dari gelap menuju gemerlapan, dari cahaya menjadi cahaya diatas cahaya. 

That's why they say: There is light at the end of the tunnel.

Cuma orang yang berjaya mengharungi ujian akan muncul sebagai seorang pemenang, dan yang terbaik dalam kalangan pemenang adalah mereka yang berprestasi dalam keterbatasan. Teruskan tsabat di jalanmu akhi wal ukhti. Mari jadi pemenang!!!

Bukan cara hidup seorang pengalah.
"Nak wat camne lagi, benda dah jadi....."
"Takpe, tenang je dulu. Ko tunggu je, nanti ada la tu bantuan Allah SWT datang...."

Sikap putus asa, menunggu keajaiban turun dari langit ini adalah bukan perkara yang diajarkan oleh Allah SWT. Allah SWT mengajarkan kita supaya berusaha, bangun, bergerak dan sekali-kali, jangan berhenti berharap pada Allah SWT. Bangun, gerakkan tulangmu untuk berusaha memperbaiki keadaan, insya Allah bantuan itu akan ada bersama-sama orang yang berusaha. 

Allah SWT memberikan bantuan bala tentera malaikat dalam Peperangan Badar bukan sebelum perang bermula, tapi setelah perang berlangsung. Allah SWT memberikan bantuan kepada Nabi Ibrahim bukan sebelum dicampak ke dalam api, tapi setelah dicampak ke dalam api. Allah SWT memberi bantuan kepada Nabi Musa bukan sebelum dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya, melainkan pada saat-saat akhir, ketika mereka hampir berputus harap, Allah SWT memerintahkan kepada Nabi Musa supaya memukul tongkatnya ke laut; lalu dibukakan jalan keselamatan untuk mereka. 

Allah SWT membantu mereka (para Nabi dan Rasul) dalam mereka berusaha berbuat untukNya dan mereka juga tak berputus asa pada Allah SWT, walaupun dihadapkan dengan ujian yang amat dahsyat, dengan risiko yang paling tinggi. Winning mentality mereka menjadikan ujian dan masalah yang datang kepada para Nabi dan Rasul, membuatkan mereka menjadi semakin yakin kepada Allah SWT. 

Untuk menang, keyakinan pada Allah SWT yang tinggi dan tidak putus asa untuk terus bergerak akan memberikan buah yang terbaik. Mereka telah menang, dan kita tak ingin menjadi seorang pengalah!

SMS akhir buat yang masih merasa hebat gaban.
Kepada yang nak bergantung kepada selain dari Allah SWT, saya harap anda berubah fikiran. Itu adalah sama seperti berumah di sarang labah-labah. Tak tahan dek angin, nampak berkeupayaan tapi sebenarnya mudah dihancurkan dan tak menenangkan jiwa. Mari kita ambil pelajaran dari Surah Al-Ankabut, ayat 41:

Surah Al 'Ankabuut, ayat 41.
12/2/2014
6:59 pm
BaTar 4.
Today is a gift, that's why they call it the present.
Survivor untuk menuju akhirat, moga kita mendapat redha Allah SWT.