Sukar nak membuka diri sendiri supaya bermuhasabah dan bersabar.
Sang fakir miskin hati akan sentiasa menutup mata dan meratap atas nasib yang tak sudah-sudah.
Sang pejuang impian akan mengukuhkan langkah kakinya kedepan, mengayunkan tangan dan jalan.
Nasihat dari seorang ikhwah:
"Akh, kalau antum sedang dilanda badai, ribut taufan sekalipun; apa
antum nak buat? Bukan boleh lari pun. Antum cuma kena senyum, pandang
depan, kemudian jalan saja berbekalkan sabar dan cinta."
SELAMAT DATANG
Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.
Tuesday, 19 August 2014
Sunday, 3 August 2014
Berat punggung menanggung beban
"Macam mana sekiranya ujian itu rasanya terlampau berat?"
Allah SWT ada menyampaikan pada kita, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 (2:286). Nyata maksudnya, tapi perkataan yang berat. Masalah yang menghentam kehidupan kita, pasti cuma kita yang faham kesusahannya. Kalau diceritakan sekalipun, tak boleh nak expect mereka akan faham seperti yang kita rasa. Jadi Allah SWT tak faham kesusahan dan penderitaan pemikiran dan fizikal tu?
Maaf, tapi pada aku sangat kecewa dengan pemikiran sebegitu. Kerana dia yang merasa semuanya, jadi orang lain tak layak untuk mendengar, menasihati, memberi pendapat mahupun membantu. Sukar nak meneka internal change manusia.
Maaf sekali lagi, tapi macam mana kalau itu yang terbaik dari Allah SWT? Barangkali kita expect yang terbaik dari Allah SWT itu sesuatu yang menggembirakan, pasti membahagiakan dan menenangkan jiwa. Sukar untuk belajar dari kepahitan, tapi barangkali itu pelajaran yang terbaik. Bukan pukulan ke 100 yang menjatuhkan, tapi 99 pukulan yang sebelumnya. Sinonim untuk hal ini yang biasa digunakan adalah 'bersangka baik', 'positive thinking', 'energy' etc.
Expect the unexpected. Kecewa mungkin pasti berlaku, cuma jatuh ke lubang yang sama kali kedua? Mudah-mudahan Allah SWT akan terus mengukuhkan langkah, menetapkan hati, dan meluruskan niat di jalanNya.
Sekadar idea dari orang muda yang banyak bercakap, semoga bermanfaat.

#isupportgaza
Antara sifat kemanusiaan dan sifat demokrasi.
"Siapa yang gagal memahami dasar luar Amerika dan Israel serta mengkritik tindakan-tindakan mereka adalah orang-orang yang gagal memahami prinsip demokrasi." - tulisan oleh seorang anon.
Adakah dengan menjadi ahli-ahli demokratik seperti Amerika dan Israel baru sempurna nilai-nilai kemanusiaan seseorang?
Maaf, aku tak faham apa itu sifat-sifat demokrasi. Aku cuma faham sifat-sifat kemanusiaan. Dan amatlah kasihan pula pada mereka yang punya sifat dan kesedaran manusiawi ini; dilabel extremist kerana memboikot produk-produk yang menyumbang kepada Israel, menyokong Palestine dan Palestinian etc.
Bercakap tentang ukhwah Islamiyyah dan manusiawi pula, pendapat aku Europeans lebih manusiawi dan jauh lebih mantap ukhwahnya berbanding sebahagian Muslim di Malaysia. Cukuplah menjadikan kurangnya ukhwah Islamiyyah seaama Muslim sebagai alasan kurangnya kesedaran anda.
Does it requires more than common sense to understand the situation?
Alhamdulillah, buka timeline tengok ramai yang update berkenaan Gaza, Palestinian etc. Rakyat Malaysia memang senang melahirkan simpati dan sokongan pada Palestin dan Palestinian. Cuma ramai yang tak sanggup menzahirkannya simpati dan sokongan tadi dengan perut sendiri.
Kalau perut itu boleh dikawal, beban mereka di Gaza pasti kalau tak banyak, sedikit berkurang oleh usaha kita di Malaysia.

![]() |
| Don't get mixed up with religion and hatred. Go humanity. |
Bukan nota dari hati
Jatuh cinta?
Perasaan selalu dijadikan kayu ukur untuk menilai seseorang. Hal yang fizikal dan bukan fizikal kadangkala dipukul rata pada semua orang. Berapa kali sudah kita tertipu dengan akhlak yang kadang kala indah khabar dari rupa...akibat penilaian yang sama rata pada perkara yang berbeza.
Bukan kerana wajah yang menyebabkan jatuh cinta, tapi perasaan yang hadir seiring dengan wajahnya yang meneduhkan.
Kenapa setiap kali perasaan hadir, yang difikirnya adalah 'terjatuh'? Anda sebagai pemandu, pandu perasaan mengikut jalannya. Kenapa perlu asyik terjatuh?
Bangunlah diri untuk menjadi matang, punya pendirian, mampu berfikir secara menyeluruh. Buang sifat keanak-anakan dalam diri yang sentiasa menunggu untuk dibangunkan.
Bangun, bukan terjatuh lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)