SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Sunday, 3 August 2014

Bukan nota dari hati

Jatuh cinta?

Perasaan selalu dijadikan kayu ukur untuk menilai seseorang. Hal yang fizikal dan bukan fizikal kadangkala dipukul rata pada semua orang. Berapa kali sudah kita tertipu dengan akhlak yang kadang kala indah khabar dari rupa...akibat penilaian yang sama rata pada perkara yang berbeza.

Bukan kerana wajah yang menyebabkan jatuh cinta, tapi perasaan yang hadir seiring dengan wajahnya yang meneduhkan.

Kenapa setiap kali perasaan hadir, yang difikirnya adalah 'terjatuh'? Anda sebagai pemandu, pandu perasaan mengikut jalannya. Kenapa perlu asyik terjatuh?

Bangunlah diri untuk menjadi matang, punya pendirian, mampu berfikir secara menyeluruh. Buang sifat keanak-anakan dalam diri yang sentiasa menunggu untuk dibangunkan.

Bangun, bukan terjatuh lagi.