"Macam mana sekiranya ujian itu rasanya terlampau berat?"
Allah SWT ada menyampaikan pada kita, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286
(2:286). Nyata maksudnya, tapi perkataan yang berat. Masalah yang
menghentam kehidupan kita, pasti cuma kita yang faham kesusahannya.
Kalau diceritakan sekalipun, tak boleh nak expect mereka akan faham
seperti yang kita rasa. Jadi Allah SWT tak faham kesusahan dan penderitaan pemikiran dan fizikal tu?
Maaf, tapi pada aku sangat kecewa dengan pemikiran sebegitu. Kerana dia
yang merasa semuanya, jadi orang lain tak layak untuk mendengar,
menasihati, memberi pendapat mahupun membantu. Sukar nak meneka internal
change manusia.
Maaf sekali lagi, tapi macam mana kalau itu
yang terbaik dari Allah SWT? Barangkali kita expect yang terbaik dari
Allah SWT itu sesuatu yang menggembirakan, pasti membahagiakan dan
menenangkan jiwa. Sukar untuk belajar dari kepahitan, tapi barangkali
itu pelajaran yang terbaik. Bukan pukulan ke 100 yang menjatuhkan, tapi
99 pukulan yang sebelumnya. Sinonim untuk hal ini yang biasa digunakan
adalah 'bersangka baik', 'positive thinking', 'energy' etc.
Expect the unexpected. Kecewa mungkin pasti berlaku, cuma jatuh ke
lubang yang sama kali kedua? Mudah-mudahan Allah SWT akan terus
mengukuhkan langkah, menetapkan hati, dan meluruskan niat di jalanNya.
Sekadar idea dari orang muda yang banyak bercakap, semoga bermanfaat.