SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Monday, 29 September 2014

Panadol Kejenuhan

Secara psikologinya, lelaki lebih cenderung untuk tak duduk lama dalam satu-satu keadaan.

Kita merasa perlu untuk berhenti sejenak, mengambil masa untuk mengumpul tenaga, motivasi etc dan kemudian kembali dengan semangat, kekuatan yang baru untuk je depan. Macam lastik, tarik ke belakang kemudian menerjang ke depan dengan momentum yang tinggi.

Barangkali, kerana kita yang tidak memanfaatkan masa di luar pekerjaan sebaik-baiknya hingga kita merasa kejenuhan dalam pekerjaan masing-masing setiap hari. Ruang masa selepas pekerjaan dihabiskan dengan rehat dan tidur berbanding aktiviti yang lebih berkualiti.

Pernah, banyak kali kita telah baca tentang cara Rasulullah SAW dan para sahabat mnggunakan waktu-waktu mereka, terutamanya malam. Solat tahajjud yang panjang, bacaan Al-Quran etc. Itulah ruang untuk mereka mengumpul motivasi setelah seharian dengan kerja masing-masing. Peluang untuk mencari momentum sebelum kembali bekerja.

Perlu diperhatikan ibadah masing-masing untuk mereka yang mula dilanda kejenuhan setelah sekian lama bekerja. Bimbang kejenuhan akan berlarutan menjadi penyakit hati yang kemudiaanya melunturkan kualiti.

Semoga bermanfaat.

0131 am
Gombak, Selangor.
Baru pulang dari KLCC.
Supaya tidak jenuh dalam jalan dakwah

Wednesday, 24 September 2014

Momentum ke hadapan

Ikhwahfillah wal akhwafillah,

Perkara yang berlaku memang tidak dijangka. Kita biasa melihat pilihan-pilihan oleh para pendahulu kita untuk meninggalkan tarbiyah, dakwah etc. atas pelbagai sebab.

Tak perlu merasa simpati dengan apa yang telah berlaku. Itu adalah pilihan yang telah dibuat, dan ana yakin dia faham tentang kesan dari pilihannya. Afwan, ana bukannya tk kenal siapa dia dan ana pun tahu apa yang dia hadapi sebelum2 ni. Dia pun faham apa yang dia akan hilang dan akan dia hadapi selepas ini. Tak perlu dibincangkan kenapa, mengapa dia pilihan itu dibuat etc.

Inilah pengalaman mengajarkan pada kita. Berdepan dengan situasi sebenar akan jauh lebih mematangkan hidup dan pemikiran. Insya Allah, ini bukan kehilangan seseorang tapi persiapan untuk yang lebih baik akan datang.

Setiap ujian Allah SWT itu hanya akan datang pada masa dan keadaan tertentu sahaja. Mulai menjaga momentum sedia ada, tingkatkan dan cukuplah merenung nasib diri (masa lalu). Atur dan fikir solusi untuk tugasan-tugasan sedia ada dan kedepan (masa depan).

Banyak lgi perkara (seterusnya). Untuk semua ini; ana, ikhwah2, akhwat2 perlukan antum & antumna.

Ikhwahfillah wal Akhwafillah sekalian,

Semoga Allah SWT memberkahi pengalaman ini dan semoga Allah SWT memberkahi usaha antum & antumna sekalian. Hanya Allah SWT pemberi balas yang terbaik.

Sekian.

Wednesday, 17 September 2014

Perjalanan sabar

.........
"Begitulah ceritanya Akh. Afwanlah, antum pulak yang kena dengar cerita ana."
"Eh, ana biasa dah dengar cerita-cerita ikhwah. Akhi, kita kan nak redha Allah. Kenalah banyakkan bersabar....."

Itulah nasihat yang aku peroleh dari dia dalam perbincangan kami. Entah kenapa, yang paling kerap menerajang pemikiran aku ketika ini adalah hal-hal pernikahan dan berkeluarga. Nyata sekali ujian yang sedang aku hadapi.

"Antara yang paling berat sekali adalah waktu sebelum menikah. Antum kena kuat menjaga hati, niat kenapa nak menikah...."

Sekarang baru jelas situasinya. Kita merasa kan masanya akan tiba tidak lama lagi, dan bimbang apa yang akan berlaku berikutnya (terutamanya: dengan siapa).

Jalan yang perlu ditempuh: sabar. Bukan solusi segera yang diperlukan ketika ini, tapi inilah jalan untuk mencapai solusi. Semoga Allah SWT memberkahi pengalaman ini.

2200
Stesen Putra, Kuala Lumpur.
Baru menghantar ikhwah, sembang-sembang muhasabah.
Semoga Allah SWT memberkahimu akhi.