Bagaimana boleh jadi sesat sedangkan dia membaca?
Biasa kita mendengar, bahkan ada dalam kalangan kenalan kita sendiri yang suka dan banyak membaca. Seorang kawan aku sewaktu di universiti dulu, boleh membaca 16 buah buku dalam satu semester (wau~)! Aku sendiri ziarah ke biliknya, jelas kelihatan minatnya pada buku jauh melebihi games etc. (menarik!). Bahkan dia juga sudah ada menerbitkan buku sendiri!
Tetapi siapapun anda, anda boleh berfikir. Bahkan Allah SWT sendiri mengingatkan kita supaya membaca dengan mengingat Allah SWT (Q.S Al-'Alaq, ayat 1 [96:1]). Bahkan, Allah SWT juga mengajarkan kita supaya mencari makna, menggali maksud dari ayat-ayat Quran (tadabbur) (4:82, 47:24). Ambil pelajaran dari ayat-ayat muhkamat dan terimalah dengan penuh keyakinan ayat-ayat mutasyabihat (3:7). Nak tafsir ayat mutasyabihat lagu mana?
Layaklah kiranya seorang atheis boleh memeluk Islam dengan sekadar membaca terjemahan Quran, kerana dia membaca untuk mencari Tuhan. Patutlah juga masih ada yang sesat/ingkar sedangkan dia dahulu pernah membaca Quran, barangkali kerana dia membaca untuk mengkayakan otak bukan untuk mengkayakan hati (agaknya itu yang jadi sampai sesat).
Bila membaca tanpa berfikir, aku pasti komputer boleh buat lebih baik. Bila dakwat mengering, catatan pun tinggal catatan sahaja tanpa terkesan pada hati dan amal. Mana dia buah dari pembacaan?
Hidayah pasti akan hadir pada mereka yang mencari, dan tak ada makna hadir pada yang menunggu diajarkan. Mari mutiara yang hilang itu, semoga kita semua beruntung.
Wallahua'lam.
Nota: Tadabbur dan tafsir adalah dua perkara yang berbeza.
Kosa kata:
Ayat muhkamat - Ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah.
Ayat mutasyabihat - Ayat yang mengandungi banyak maksud, susah untuk difahami dan hanya Allah SWT yang mengetahui maksudnya.
SELAMAT DATANG
Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.
Friday, 27 December 2013
Thursday, 26 December 2013
Superman pun perlu belajar bersyukur!
Seharusnya dan seada-adanya?
Dia punya kelayakan, maka selayaknya perlu diberi perhatian yang sepatutnya; sesuai dengan tarafnya. Tak kurang juga yang meletakkan tempatnya adalah di atas semua yang lain. Al maklum, punya darjat, populariti etc. dan bukan orang marhain. Bagi setiap benda yang dia telah keluarkan, maka perlu dibalas dengan sama nilainya. Dengan keadaan diri sekarang, dia adalah yang paling layak dibantu dan paling perlu diutamakan. Barangkali sebab diatas, keluarlah pernyataan seperti “Kalau harga (sekian perkara) naik, jangan (buat yang berikut)”. Tak punya sensitiviti terhadap sekeliling, kerana bukan poket dan perutnya yang terancam.
Tiada yang istimewa. Tak banyak menuntut, jauh sekali mahukan setimpal dengan apa yang diberi. Mampu untuk menerima keadaan seadanya dan memahami orang lain seada-adanya. Mahu buat yang terbaik dengan apa yang ada. Padanya, yang terbaik dan unggul itu belum tentu yang tepat untuk dirinya (2:216). Semuanya adalah supaya ada ketenangan, dan dalam ketenangan itu Insya Allah dia akan mampu melayang jauh, melompat lebih tinggi, menjadi HERO.
Bila hati tak berhendak, seharusnya (kalau mahu) setan pun perlu diikut.
Seada-adanya itu tak cukup.
Pelajaran dari kesederhanaan itu banyak, cuma (bila hati tak berkehendak) its a tall order to do those things.

Tuesday, 24 December 2013
Sudut hati tertumpah ke nasi ekonomi (Eh?).
Tidak
seorangpun yang berdoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari 3
kelompok ini: Kadang ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau
ditunda (diijabahnya) demi pahalanya, atau ia dihindarkan dari keburukan
yang menimpanya.
(HR. Imam Ahmad dan AI-Hakim).
Ada yang bila berdoa berharap, bahkan dengan sungguh-sungguh (serius!). Bangun tidur, dalam solat, selepas solat, sebelum tidur etc. Pelbagai waktu. Harapannya, kalau Allah SWT izinkan, secepat mungkin nak melihat hasilnya.
Macam mana bila hasil tak seperti yang diharapkan?
Bilakah masanya, selalunya kita akan teringat untuk berdoa pada Allah SWT? Kebiasaannya, bila sesak dada, bila susah hati, bila kesakitan, bila ada masalah yang besar, bila masalah banyak (walaupun kecil, kalau banyak sakit juga!). Cuba situasi-situasi sebelum ini kita terbalikkan. Nah, persoalkan dirimu semula. Berapa banyak kita mengingat Allah SWT? Pokoknya, lihatlah diri kita sendiri dahulu.
Kerja tak seberapa (berdoa jarang sekali, solat malas etc.), mengharap hasil secepat mungkin. Memang tak sedar diri!
OK, tenang-tenang saja. Perbaiki diri dan perbanyakkan lagi doa. Tengok cermin lama-lama dan bersyukur, kerana kau dan aku masih punya waktu perbaiki dan perbanyakkan usaha, sedangkan orang lain waktunya sudah tamat. Jangan berputus asa dengan Allah SWT, itu ciri-ciri kekafiran. Lihat dalam Q.S Yusuf, ayat 87 (12:87). Sembahlah Allah SWT dengan penuh keyakinan, Dia pasti punya hikmah untuk mengajarkan padamu. Tak mungkin Allah SWT akan membiarkan hambaNya!
Persiapkan diri. Carilah jalan untuk bangun dan mara kedepan. Cukuplah dengan tamparan yang telah berlaku. Jangan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.
24/12/2013
10:14 pm
BaTar
Mendengar lagu Ali Sastra - Hujan.
Kubiarkan hujan mengawal rinduku,
padaMu yang indah disana.
Kuhanyutkan hati menebus cintaMu,
dan aku pun merasa bahagia.
Bahagia itu bukan sekadar pada keadaan, juga pada perasaan.
Dan merasa diri ini punya tempat mengadu dan berharap, ada tempat bergantung, dengan keyakinan ia pasti akan berlaku.
Itu juga kebahagiaan, istimewanya ia hadir dalam aku sendiri.

Monday, 23 December 2013
Palestin-Israel? Dah basi aku mendengor.
Bila aku mula mengenal tentang isu Palestin-Israel?
(Flashback) Ketika tahun 2008, waktu awal-awal lagi masuk UTP. Ada seorang abang senior UTP menceritakan pada aku tentang isu ini. Tapi, perbahasannya tak panjang sangat sebab perkara utama yang dia nak tegaskan adalah tentang boikot produk-produk Yahudi Zionis.
Waktu itu, first time baru aku dengar pasal Palestin. Jadi, apa yang aku buat waktu itu, adalah search internet (ceh!). Maklumatnya tak sebanyak yang aku sangka. Tak ada mana-mana laporan rasmi mahupun tulisan berita di laman-laman berita terkemuka. Jadi, abang senior itu pinjamkan pula pada aku Majalah Eramuslim Digest (dah lupa isu ke berapa) yang mengulas panjang lebar tentang visi, misi dan kerja yang telah dilakukan oleh Gerakan Zionist. Menarik!
Lalu, aku sambung lagi dengan beberapa buah buku seperti:
1. Gaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan dan Pembantaian di Gaza (Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamed Noor).
2. Dari Jalur Gaza: Ayat-Ayat Allah Berbicara (Lili Nur Aulia).
3. Future Fastforward (Mathias Chang).
4. The International Jew (Henry Ford).
Dari sebuah buku ke buku, ditambah dengan update berita-berita Palestin, sejak itu keyakinan aku untuk menyokong masyarakat Palestin tak pernah berkurang. Sejak itu juga, aku dah mula untuk mencari alternatif terhadap produk-produk mereka. Contoh: Milo > Vico/minum teh. Boleh juga kepada yang mencari alternatif ini untuk gunakan produk tempatan (buatan Malaysia gituh!), boleh melariskan lagi permintaan domestik negara (daripada mengkayakan syarikat luar negara).
Biasanya, manusia akan sensitif bila perut dan poket sendiri yang akan terancam. Sensitiviti terhadap masyarakat ini layaknya cuma pada ustaz-ustazah-mufti. Sensitiviti pada umat Islam, mungkin layak dibincangkan di masjid atau selitkan dalam khutbah Jumaat. Patutlah pun kalau boikot ini dianggap seperti mengangkat senjata (susah dan payah nak dibuat) kerana susah dan tak sanggupnya diri nak menahan perut untuk meringankan beban saudara di Palestin!
Kepada jiwa-jiwa yang sedar dan sensitif, teruskan usahamu. Allah SWT melihat pada usaha dan amal-amal kalian. Kepada yang belum sedar dan sensitif, layaklah untuk memulakan sekarang.
23/12/2013
1:52pm
BaTar
Ba’da Zohor
Allah SWT akan tetap bersama-sama dan memenangkan mereka, adakah kita bersama-sama dengan mereka?

![]() |
| Mak oi, banyak gila. Habislah kebuluran rakyat Malaysia! |
![]() |
| Tak berbaju dan berwangian le camni! |
Biasanya, manusia akan sensitif bila perut dan poket sendiri yang akan terancam. Sensitiviti terhadap masyarakat ini layaknya cuma pada ustaz-ustazah-mufti. Sensitiviti pada umat Islam, mungkin layak dibincangkan di masjid atau selitkan dalam khutbah Jumaat. Patutlah pun kalau boikot ini dianggap seperti mengangkat senjata (susah dan payah nak dibuat) kerana susah dan tak sanggupnya diri nak menahan perut untuk meringankan beban saudara di Palestin!
Kepada jiwa-jiwa yang sedar dan sensitif, teruskan usahamu. Allah SWT melihat pada usaha dan amal-amal kalian. Kepada yang belum sedar dan sensitif, layaklah untuk memulakan sekarang.
23/12/2013
1:52pm
BaTar
Ba’da Zohor
Allah SWT akan tetap bersama-sama dan memenangkan mereka, adakah kita bersama-sama dengan mereka?
Sunday, 22 December 2013
Nak mula bila ni macha?
Sekarang, kalau nak dengar tazkirah, taujih etc. buka Youtube pun dah boleh dapat. Tak perlu keluar rumah pun, nasihat-nasihat yang menggugah jiwa sudah tiba di rumah. At your doorstep!
Aku suka mendengar dan kagum perkongsian Al Quran, hadis, sirah etc dari golongan professional. Dari seorang doktor, pensyarah, researcher, engineer etc. Asif, bukan nak mendiskriminasi ustaz-ustazah dan ulama-ulama.
Pada aku, mereka ini punya kelainan. Bukan sekadar dari segi penyampaian, malah dalam juga dalam amalan. Dalam kesibukan, masih punya masa dengan Quran. Masih ada masa untuk menyemak sirah Rasulullah SAW dan para sahabat dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Dalm sela-sela masanya, masih mampu menyampaikan tazkirah pada pelajar-pelajarnya. Beza banyak mereka yang dari awal pendidkan formalnya adalah dalam bidang agama.
Tapi sayangnya, pentas penyampaian mereka disempitkan pada sekadar 'Sains dan Al Quran'. Mungkin nak disesuaikan dengan profesi mereka, ataupun paling umum adalah masalah kelayakan. Apakah layaknya seorang engineer berbicara tentang ayat Al Quran, sedangkan degreenya bukan dalam pengajian Quran? Tapi, nak buat macam mana kalau yang dilihat itu siapa yang berkata bukan apa yang disampaikan. Ades tampar dahi, ada nyamuk.
Dalam keadaan masyarakat sangat tsiqoh pada perkembangan bidang sains dan teknologi, para professional sebegini yang kita perlu galakkan, tonjolkan untuk menyampaikan tentang Islam. Biar yang sedang berada di universiti mahupun yang sudah bergiat dalam industri. Baru mereka boleh lihat sendiri, engineer yang beriman, doktor yang beriman, orang-orang yang tak berada dalam bidang agama tapi mampu juga menumbuhkan manusia supaya berubah kepada beriman kepada Allah SWT. Perlu punya degree agamakah baru layak dikata beriman?
Aku punya suatu visi:
Yang memberi khutbah itu seorang doktor.
Yang menjadi imam itu seorang engineer.
Yang kelihatan pada jadual kuliah mingguan masjid-masjid itu bukan sekadar Ustaz, tapi juga Syeikh, Professor, Dr., IR, YB, YAB, Dato', Tan Sri etc.
Setiap manusia punya cara dan ruang yang boleh dia dimanfaatkan untuk Allah SWT. Bukan caramu saja yang benar, betul, baik, dan tepat.
Kalaupun bukan sekarang, insya Allah generasi baru ini yang akan menjadi titik permulaan untuk semua diatas!
22/12/2013
10:40am
BaTar
Ba’da Dhuha
Generasi baru bermula sekarang!

Friday, 6 December 2013
Akhirnya, masa itu telah tiba.
Hoh, kali ni apa pulak?
“Ini memang serius nak menikah ke?”
…………………………………
OK, halnya memang tentang menikah, cuma bukan saya.
Akhirnya masa itu telah tiba buat seorang ikhwah yang amat
dekat dengan saya menamatkan zaman bujangnya.
Ikhwah yang dalam kalangan kami paling jarang sekali bicara
tentang nikah dan Alhamdulillah, Allah SWT akhirnya memilih beliau terlebih
dahulu diatas kami-kami yang seangkatan di jalan dakwah ini. Beliau yang
terlebih dahulu memulakan langkah kedepan.
Ini khas untukmu
akhi.
Ternyata, Allah SWT memberikan hadiah yang teristimewa untuk
antum. Dulu waktu kita mula-mula mengenal tentang menikah di jalan dakwah, kita
banyak berteori semata. 24:26, 24:32, cerita ikhwah A, B, macam-macam (Ingat lagi
cerita Umair sebelum dia menikah dulu? Hehe). Berkobar semangat dakwah (Ehem,
sila betulkan niat ya). Kita juga sama-sama meraikan ikhwah-ikhwah yang menikah
sebelum ni (Azahar, Umair, Lan, Idris, Zulhafiz, Farul). Kini, tiba giliran
antum dan kami akan meraikannya. Pernikahan ini mudah-mudahannya akan semakin
menguatkan lagi antum. Untukmu Akhi, selamat menghadapi internship menikah!
Akhi, jadikan pernikahan ini adalah terminal seterusnya
dalam menuju redha Allah SWT. Ada yang terhenti kerja dakwahnya setelah
menikah, lantaran dek beratnya menanggung keluarga serta tak kurang juga yang
mahu berehat bersama zaujah setelah menikah. Agaknya, buah terbaik daripada
dakwah itu adalah akhwat yang solehah pada fikirannya. Bukan, bukan yang itu semata-mata yang kita mahu petik dari dakwah ini. Teruskan berjalan akh, masuklah ke
episode 2 dalam drama kehidupan ini, bersama-sama zaujah agar lebih
produktivitinya di jalan dakwah. Penamat drama hidup kita takkan berubah dengan izin Allah SWT : redha Allah
SWT.
Akhi, berbahagialah dengan kehidupan antum selepas ini,
kerana telah bertambah ruang-ruang dan jalan-jalan untuk beribadah. Banyak
perintah Allah SWT dalam Al-Quran akan memberi makna lebih kepada antum,
mudah-mudahan akan lebih dekat dengan Allah SWT. Kehidupan berumah tangga
mungkin akan menambahkan ujian kepada antum. Teruslah tsabat, sabar serta melangit
di jalan dakwah ini. Terus akhi, terus tsabat dan sabar. Kekuatan yang kita ada
kadangkala tak cukup untuk hadapinya. Mintalah pada Allah SWT dalam sedih dan
bahagiamu. padaNya ada segala kekuatan. Dengan bertambahnya seorang penyokong
tegar disisi, mudah-mudahan kalian berdua akan sentiasa saling kuat menguatkan,
sabar menyabarkan dalam perjalanan menuju redha Allah.
Agar tidak ada lagi fitnah, tetaplah selalu ingat cita-cita
kita dulu, kini dan selamanya: redha Allah SWT!
Harapan ana, semoga Allah SWT memberkati pernikahan antum
dengan sakinah, mawaddah wa rahmah. Disisi lain, bertambah produktiviti amal
dan jihad di jalanNya. Semoga kalian berdua sampai ke syurga Allah SWT, bertemu
dengan redhaNya.
Jalan dakwah kita masih panjang akhi, Rabbi redhailah kebersamaan
ini!
Untuk yang masih
bujang pulak.
“Hang bila?”
“Dah agak dah. Mesti
kena balik kat aku.”
“Insya Allah, lepas ni ana akh. Doa-doakan akh.” Sekadar jawapanku.

Ketika ini, Allah SWT menguji lagi, apakah kita akan masih
tegar, tsabat, sabar dan ikhlas di jalan ini. Allah SWT yang mengetahui
pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada (40:19). Satu
lagi halangan untuk kita pecahkan supaya kita boleh mara ke depan, lebih dekat
dengan redha Allah SWT. Mudah-mudahan kita akan lebih ikhlas di jalan dakwah
ini, mengajak manusia kerana Allah SWT dan berbuat kerana kita mahu menuju
redha Allah SWT.
“Bila turn aku pulak?”
Dag dig dug jantung berdegup, hati mula meluap tak sabar menantikan. Heh.
Pada waktu ini, mari berkeyakinan yang baik (husnu zhan) kepada Allah SWT, jangan
terhenti sekadar bersangka dengan sangkaan yang baik. Bersihkan dari kita
sangkaan yang buruk pada Allah SWT. Insya Allah, giliran kita pun akan tiba.
Jagalah Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menjagamu dan Dialah yang akan
memberi yang terbaik untuk kita.
Mengenai jodoh, kita pasti tahu kalau jodoh itu misteri, maka harus bagi kita untuk mempersiapkan diri menjadi pemuda yang kuat dan tangguh, apapun takdir yang terbaik nantinya. Jodoh atau belum berjodoh kita harus menerimanya dengan lapang dada.
Ingin aku kepilkan bersama satu sajak yang aku rasa cukup bermakna untuk semua pemuda:
kawan...
suatu ketika
mungkin
kita pernah jatuh hati...
memendam rasa..
atau
suka pada seseorang yang kita kagumi
namun...
banyak sekali yang salah mengekspresikan cinta
hingga ia terpadaya dengan cintanya
sahabatku...
marilah kita alihkan energi cinta kita
bukan untuk melihat...
bukan hanya untuk memikirkan
bahwa dirinya lah yang terbaik bagi kita
namun untuk mempersiapkan..
sehingga jika suatu saat kelak
Allah telah berikan pada kita
satu yang tepat untuk diri kita
kita akan komitment dengan dirinya
sahabatku...
para pencinta sejati...
bukanlah ia yang mengubar-ngubar pesona cintanya
namun
para pencinta sejati...
adalah ia yang siap untuk komitmen
memberikan cintanya hanya untuk yang halal bagi dirinya
saudaraku..
mari kita bangun cinta
hingga cinta kekal sampai surga
9:53pm
BaTar
Ba’da Isyak.
Selamat Pengantin Baru akhi. Kami akan sentiasa terkenangmu di BaTar, terutama sekali nasi gorengmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)