SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Thursday, 26 December 2013

Superman pun perlu belajar bersyukur!

Seharusnya dan seada-adanya?

Dia punya kelayakan, maka selayaknya perlu diberi perhatian yang sepatutnya; sesuai dengan tarafnya. Tak kurang juga yang meletakkan tempatnya adalah di atas semua yang lain. Al maklum, punya darjat, populariti etc. dan bukan orang marhain. Bagi setiap benda yang dia telah keluarkan, maka perlu dibalas dengan sama nilainya. Dengan keadaan diri sekarang, dia adalah yang paling layak dibantu dan paling perlu diutamakan. Barangkali sebab diatas, keluarlah pernyataan seperti “Kalau harga (sekian perkara) naik, jangan (buat yang berikut)”. Tak punya sensitiviti terhadap sekeliling, kerana bukan poket dan perutnya yang terancam.

Tiada yang istimewa. Tak banyak menuntut, jauh sekali mahukan setimpal dengan apa yang diberi. Mampu untuk menerima keadaan seadanya dan memahami orang lain seada-adanya. Mahu buat yang terbaik dengan apa yang ada. Padanya, yang terbaik dan unggul itu belum tentu yang tepat untuk dirinya (2:216). Semuanya adalah supaya ada ketenangan, dan dalam ketenangan itu Insya Allah dia akan mampu melayang jauh, melompat lebih tinggi, menjadi HERO.

Bila hati tak berhendak, seharusnya (kalau mahu) setan pun perlu diikut.
Seada-adanya itu tak cukup.

Pelajaran dari kesederhanaan itu banyak, cuma (bila hati tak berkehendak) its a tall order to do those things.