SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Friday, 6 December 2013

Akhirnya, masa itu telah tiba.


Hoh, kali ni apa pulak?

“Ini memang serius nak menikah ke?”
…………………………………

OK, halnya memang tentang menikah, cuma bukan saya. 

Akhirnya masa itu telah tiba buat seorang ikhwah yang amat dekat dengan saya menamatkan zaman bujangnya. 

Ikhwah yang dalam kalangan kami paling jarang sekali bicara tentang nikah dan Alhamdulillah, Allah SWT akhirnya memilih beliau terlebih dahulu diatas kami-kami yang seangkatan di jalan dakwah ini. Beliau yang terlebih dahulu memulakan langkah kedepan. 

Ini khas untukmu akhi.
Ternyata, Allah SWT memberikan hadiah yang teristimewa untuk antum. Dulu waktu kita mula-mula mengenal tentang menikah di jalan dakwah, kita banyak berteori semata. 24:26, 24:32, cerita ikhwah A, B, macam-macam (Ingat lagi cerita Umair sebelum dia menikah dulu? Hehe). Berkobar semangat dakwah (Ehem, sila betulkan niat ya). Kita juga sama-sama meraikan ikhwah-ikhwah yang menikah sebelum ni (Azahar, Umair, Lan, Idris, Zulhafiz, Farul). Kini, tiba giliran antum dan kami akan meraikannya. Pernikahan ini mudah-mudahannya akan semakin menguatkan lagi antum. Untukmu Akhi, selamat menghadapi internship menikah!

Akhi, jadikan pernikahan ini adalah terminal seterusnya dalam menuju redha Allah SWT. Ada yang terhenti kerja dakwahnya setelah menikah, lantaran dek beratnya menanggung keluarga serta tak kurang juga yang mahu berehat bersama zaujah setelah menikah. Agaknya, buah terbaik daripada dakwah itu adalah akhwat yang solehah pada fikirannya. Bukan, bukan yang itu semata-mata yang kita mahu petik dari dakwah ini. Teruskan berjalan akh, masuklah ke episode 2 dalam drama kehidupan ini, bersama-sama zaujah agar lebih produktivitinya di jalan dakwah. Penamat drama hidup kita takkan berubah dengan izin Allah SWT : redha Allah SWT.

Akhi, berbahagialah dengan kehidupan antum selepas ini, kerana telah bertambah ruang-ruang dan jalan-jalan untuk beribadah. Banyak perintah Allah SWT dalam Al-Quran akan memberi makna lebih kepada antum, mudah-mudahan akan lebih dekat dengan Allah SWT. Kehidupan berumah tangga mungkin akan menambahkan ujian kepada antum. Teruslah tsabat, sabar serta melangit di jalan dakwah ini. Terus akhi, terus tsabat dan sabar. Kekuatan yang kita ada kadangkala tak cukup untuk hadapinya. Mintalah pada Allah SWT dalam sedih dan bahagiamu. padaNya ada segala kekuatan. Dengan bertambahnya seorang penyokong tegar disisi, mudah-mudahan kalian berdua akan sentiasa saling kuat menguatkan, sabar menyabarkan dalam perjalanan menuju redha Allah. 
Agar tidak ada lagi fitnah, tetaplah selalu ingat cita-cita kita dulu, kini dan selamanya: redha Allah SWT!

Harapan ana, semoga Allah SWT memberkati pernikahan antum dengan sakinah, mawaddah wa rahmah. Disisi lain, bertambah produktiviti amal dan jihad di jalanNya. Semoga kalian berdua sampai ke syurga Allah SWT, bertemu dengan redhaNya.

Jalan dakwah kita masih panjang akhi, Rabbi redhailah kebersamaan ini!

Untuk yang masih bujang pulak.

“Hang bila?”
“Dah agak dah. Mesti kena balik kat aku.”
“Insya Allah, lepas ni ana akh. Doa-doakan akh.”
Sekadar jawapanku.

Ketika ini, Allah SWT menguji lagi, apakah kita akan masih tegar, tsabat, sabar dan ikhlas di jalan ini. Allah SWT yang mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada (40:19). Satu lagi halangan untuk kita pecahkan supaya kita boleh mara ke depan, lebih dekat dengan redha Allah SWT. Mudah-mudahan kita akan lebih ikhlas di jalan dakwah ini, mengajak manusia kerana Allah SWT dan berbuat kerana kita mahu menuju redha Allah SWT.

“Bila turn aku pulak?”

Dag dig dug jantung berdegup, hati mula meluap tak sabar menantikan. Heh.

Pada waktu ini, mari berkeyakinan yang baik (husnu zhan) kepada Allah SWT, jangan terhenti sekadar bersangka dengan sangkaan yang baik. Bersihkan dari kita sangkaan yang buruk pada Allah SWT. Insya Allah, giliran kita pun akan tiba. Jagalah Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menjagamu dan Dialah yang akan memberi yang terbaik untuk kita. 

Mengenai jodoh, kita pasti tahu kalau jodoh itu misteri, maka harus bagi kita untuk mempersiapkan diri menjadi pemuda yang kuat dan tangguh, apapun takdir yang terbaik nantinya. Jodoh atau belum berjodoh kita harus menerimanya dengan lapang dada.

Ingin aku kepilkan bersama satu sajak yang aku rasa cukup bermakna untuk semua pemuda:

kawan... 
suatu ketika mungkin kita pernah jatuh hati... 
memendam rasa.. 
atau suka pada seseorang yang kita kagumi 
namun... 
banyak sekali yang salah mengekspresikan cinta 
hingga ia terpadaya dengan cintanya 

sahabatku... 
marilah kita alihkan energi cinta kita bukan untuk melihat... 
bukan hanya untuk memikirkan  
bahwa dirinya lah yang terbaik bagi kita
namun untuk mempersiapkan.. 
sehingga jika suatu saat kelak 
Allah telah berikan pada kita satu yang tepat untuk diri kita kita akan komitment dengan dirinya 

sahabatku... 
para pencinta sejati... 
bukanlah ia yang mengubar-ngubar pesona cintanya 
namun 
para pencinta sejati... 
adalah ia yang siap untuk komitmen memberikan cintanya hanya untuk yang halal bagi dirinya

saudaraku..
mari kita bangun cinta hingga cinta kekal sampai surga

29/11/2013, last modified 28/1/2014.
9:53pm
BaTar
Ba’da Isyak.
Selamat Pengantin Baru akhi. Kami akan sentiasa terkenangmu di BaTar, terutama sekali nasi gorengmu.