SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Friday, 27 December 2013

Kucing Steven itu membaca bak hang!

Bagaimana boleh jadi sesat sedangkan dia membaca?

Biasa kita mendengar, bahkan ada dalam kalangan kenalan kita sendiri yang suka dan banyak membaca. Seorang kawan aku sewaktu di universiti dulu, boleh membaca 16 buah buku dalam satu semester (wau~)! Aku sendiri ziarah ke biliknya, jelas kelihatan minatnya pada buku jauh melebihi games etc. (menarik!). Bahkan dia juga sudah ada menerbitkan buku sendiri!

Tetapi siapapun anda, anda boleh berfikir. Bahkan Allah SWT sendiri mengingatkan kita supaya membaca dengan mengingat Allah SWT (Q.S Al-'Alaq, ayat 1 [96:1]). Bahkan, Allah SWT juga mengajarkan kita supaya mencari makna, menggali maksud dari ayat-ayat Quran (tadabbur) (4:82, 47:24). Ambil pelajaran dari ayat-ayat muhkamat dan terimalah dengan penuh keyakinan ayat-ayat mutasyabihat (3:7). Nak tafsir ayat mutasyabihat lagu mana?

Layaklah kiranya seorang atheis boleh memeluk Islam dengan sekadar membaca terjemahan Quran, kerana dia membaca untuk mencari Tuhan. Patutlah juga masih ada yang sesat/ingkar sedangkan dia dahulu pernah membaca Quran, barangkali kerana dia membaca untuk mengkayakan otak bukan untuk mengkayakan hati (agaknya itu yang jadi sampai sesat).

Bila membaca tanpa berfikir, aku pasti komputer boleh buat lebih baik. Bila dakwat mengering, catatan pun tinggal catatan sahaja tanpa terkesan pada hati dan amal. Mana dia buah dari pembacaan?

Hidayah pasti akan hadir pada mereka yang mencari, dan tak ada makna hadir pada yang menunggu diajarkan. Mari mutiara yang hilang itu, semoga kita semua beruntung.

Wallahua'lam.

Nota: Tadabbur dan tafsir adalah dua perkara yang berbeza.

Kosa kata:
Ayat muhkamat - Ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah.
Ayat mutasyabihat - Ayat yang mengandungi banyak maksud, susah untuk difahami dan hanya Allah SWT yang mengetahui maksudnya.