(Flashback) Ketika tahun 2008, waktu awal-awal lagi masuk UTP. Ada seorang abang senior UTP menceritakan pada aku tentang isu ini. Tapi, perbahasannya tak panjang sangat sebab perkara utama yang dia nak tegaskan adalah tentang boikot produk-produk Yahudi Zionis.
Waktu itu, first time baru aku dengar pasal Palestin. Jadi, apa yang aku buat waktu itu, adalah search internet (ceh!). Maklumatnya tak sebanyak yang aku sangka. Tak ada mana-mana laporan rasmi mahupun tulisan berita di laman-laman berita terkemuka. Jadi, abang senior itu pinjamkan pula pada aku Majalah Eramuslim Digest (dah lupa isu ke berapa) yang mengulas panjang lebar tentang visi, misi dan kerja yang telah dilakukan oleh Gerakan Zionist. Menarik!
Lalu, aku sambung lagi dengan beberapa buah buku seperti:
1. Gaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan dan Pembantaian di Gaza (Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamed Noor).
2. Dari Jalur Gaza: Ayat-Ayat Allah Berbicara (Lili Nur Aulia).
3. Future Fastforward (Mathias Chang).
4. The International Jew (Henry Ford).
Dari sebuah buku ke buku, ditambah dengan update berita-berita Palestin, sejak itu keyakinan aku untuk menyokong masyarakat Palestin tak pernah berkurang. Sejak itu juga, aku dah mula untuk mencari alternatif terhadap produk-produk mereka. Contoh: Milo > Vico/minum teh. Boleh juga kepada yang mencari alternatif ini untuk gunakan produk tempatan (buatan Malaysia gituh!), boleh melariskan lagi permintaan domestik negara (daripada mengkayakan syarikat luar negara).
![]() |
| Mak oi, banyak gila. Habislah kebuluran rakyat Malaysia! |
![]() |
| Tak berbaju dan berwangian le camni! |
Biasanya, manusia akan sensitif bila perut dan poket sendiri yang akan terancam. Sensitiviti terhadap masyarakat ini layaknya cuma pada ustaz-ustazah-mufti. Sensitiviti pada umat Islam, mungkin layak dibincangkan di masjid atau selitkan dalam khutbah Jumaat. Patutlah pun kalau boikot ini dianggap seperti mengangkat senjata (susah dan payah nak dibuat) kerana susah dan tak sanggupnya diri nak menahan perut untuk meringankan beban saudara di Palestin!
Kepada jiwa-jiwa yang sedar dan sensitif, teruskan usahamu. Allah SWT melihat pada usaha dan amal-amal kalian. Kepada yang belum sedar dan sensitif, layaklah untuk memulakan sekarang.
23/12/2013
1:52pm
BaTar
Ba’da Zohor
Allah SWT akan tetap bersama-sama dan memenangkan mereka, adakah kita bersama-sama dengan mereka?

