Sekarang, kalau nak dengar tazkirah, taujih etc. buka Youtube pun dah boleh dapat. Tak perlu keluar rumah pun, nasihat-nasihat yang menggugah jiwa sudah tiba di rumah. At your doorstep!
Aku
suka mendengar dan kagum perkongsian Al Quran, hadis, sirah etc dari
golongan professional. Dari seorang doktor, pensyarah, researcher,
engineer etc. Asif, bukan nak mendiskriminasi ustaz-ustazah dan ulama-ulama.
Pada aku, mereka ini punya kelainan. Bukan
sekadar dari segi penyampaian, malah dalam juga dalam amalan. Dalam
kesibukan, masih punya masa dengan Quran. Masih ada masa untuk menyemak
sirah Rasulullah SAW dan para sahabat dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Dalm sela-sela masanya, masih mampu menyampaikan tazkirah pada pelajar-pelajarnya. Beza banyak mereka yang dari awal pendidkan formalnya adalah dalam bidang agama.
Tapi sayangnya, pentas penyampaian mereka disempitkan pada sekadar 'Sains dan Al Quran'.
Mungkin nak disesuaikan dengan profesi mereka, ataupun paling umum adalah masalah kelayakan. Apakah layaknya seorang engineer berbicara
tentang ayat Al Quran, sedangkan degreenya bukan dalam pengajian Quran?
Tapi, nak buat macam mana kalau yang dilihat itu siapa yang berkata
bukan apa yang disampaikan. Ades tampar dahi, ada nyamuk.
Dalam
keadaan masyarakat sangat tsiqoh pada perkembangan bidang sains dan
teknologi, para professional sebegini yang kita perlu galakkan,
tonjolkan untuk menyampaikan tentang Islam. Biar yang sedang berada di universiti mahupun yang sudah bergiat dalam industri. Baru mereka boleh lihat
sendiri, engineer yang beriman, doktor yang beriman, orang-orang yang
tak berada dalam bidang agama tapi mampu juga menumbuhkan manusia supaya
berubah kepada beriman kepada Allah SWT. Perlu punya degree agamakah baru
layak dikata beriman?
Aku punya suatu visi:
Yang memberi khutbah itu seorang doktor.
Yang menjadi imam itu seorang engineer.
Yang kelihatan pada jadual kuliah mingguan masjid-masjid itu bukan sekadar Ustaz, tapi juga Syeikh, Professor, Dr., IR, YB, YAB, Dato', Tan Sri etc.
Setiap manusia punya cara dan ruang yang
boleh dia dimanfaatkan untuk Allah SWT. Bukan caramu saja yang benar,
betul, baik, dan tepat.
Kalaupun bukan sekarang, insya Allah generasi baru ini yang akan menjadi titik permulaan untuk semua diatas!
22/12/2013
10:40am
BaTar
Ba’da Dhuha
Generasi baru bermula sekarang!