SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Monday, 29 September 2014

Panadol Kejenuhan

Secara psikologinya, lelaki lebih cenderung untuk tak duduk lama dalam satu-satu keadaan.

Kita merasa perlu untuk berhenti sejenak, mengambil masa untuk mengumpul tenaga, motivasi etc dan kemudian kembali dengan semangat, kekuatan yang baru untuk je depan. Macam lastik, tarik ke belakang kemudian menerjang ke depan dengan momentum yang tinggi.

Barangkali, kerana kita yang tidak memanfaatkan masa di luar pekerjaan sebaik-baiknya hingga kita merasa kejenuhan dalam pekerjaan masing-masing setiap hari. Ruang masa selepas pekerjaan dihabiskan dengan rehat dan tidur berbanding aktiviti yang lebih berkualiti.

Pernah, banyak kali kita telah baca tentang cara Rasulullah SAW dan para sahabat mnggunakan waktu-waktu mereka, terutamanya malam. Solat tahajjud yang panjang, bacaan Al-Quran etc. Itulah ruang untuk mereka mengumpul motivasi setelah seharian dengan kerja masing-masing. Peluang untuk mencari momentum sebelum kembali bekerja.

Perlu diperhatikan ibadah masing-masing untuk mereka yang mula dilanda kejenuhan setelah sekian lama bekerja. Bimbang kejenuhan akan berlarutan menjadi penyakit hati yang kemudiaanya melunturkan kualiti.

Semoga bermanfaat.

0131 am
Gombak, Selangor.
Baru pulang dari KLCC.
Supaya tidak jenuh dalam jalan dakwah