SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Thursday, 13 February 2014

Mengapa halaqoh ini seperti di sorga?

"Mengapa halaqoh, tarbiyah, dakwah kita ini sangat indah ya akh?"

Hidayah Allah SWT amat luas. Boleh datang dalam pelbagai perkara. Aku pernah mendengar ada orang masuk Islam, bermulanya kerana dia tersadung batu dan secara tak sengaja menyebut "Allahuakbar!". Pelik, dalam keadaan hambaNya tak sengaja sekalipun, Allah SWT mampu memberikan yang terbaik kepada hambaNya. 

Perasaan yang datang dari mana?
Entah, aku tak punya jawapan yang tepat untuk soalan itu.

Boleh jadi, ia indah kerana banyak berjumpa dengan orang yang Qana’ah yang tak tinggi hati karena kedudukan dan pemahamannya.

Mungkin, kerana tersentuh melihat orang yang berkain putih tak segan memeluk temannya yang berlumpur.

Barangkali, kerana berjumpa dengan saudara yang begitu sabar mencabut duri-duri tajam di hati saudaranya tanpa saudaranya itu merasa tersakiti. Subhanallah.

Atau, sebab ada juga saudara yang satu bersusah susah mendukung saudara yang lain, tanpa meminta supaya dibalas kebaikannya.


Cuma, kebahagiaan kita ini yang aku faham bukanlah suatu kebahagiaan yang bersifat dan bergantung pada kewujudan material, tapi lebih kepada suatu perasaan yang tenang dan bahagia yang lahir kerana amalan. Kita bahagia dan merasakan halaqoh ini indah kerana kita merasa bahagia meyakini, memahami dan mengamalkan agama Islam ini. Halaqoh ini cuma satu medium, dan aku harap kita tak terkeliru kerana kekaguman kita dengan murobbi, kerana dahsyat dan hebatnya ikhwah-akhwat mahupun kerana program yang kita sertai. Itu semua biasa, kita melihat perkara yang kita rasa terbaik dan kita mahu mencontohi mereka. Kebahagiaan dan indahnya halaqoh, itu dari internal kita. 

Makna pada sebuah kata "Islam itu Indah".
Aku tak bolah bayangkan andai aku akan sekali lagi berada di tempat lain dengan lingkungan yang tak seperti ini dan jauh dari tarbiyah dan dakwah ini. Ya, aku pernah merasakannya pada 2012 lalu. 

FLASHBACK: Bila halaqoh bukan suatu kewajiban mingguan, bila hadir program bukan satu aktiviti rutin bulanan, bila syuro dan liqo' tiada dalam celah-celah akvititi harian, bila SMS tazkirah ikhwah dan Jarkom memecah kesunyian handphone, bila pengisian murobbi bukan menjadi penguat dan pengukuh ketaatan pada Allah SWT, bila ikhwah bukan teman rapat yang sentiasa mengingatkan. Pada tahun itu, aku merasakan hidup aku penuh dengan kekosongan. Walaupun aku cuba memenuhkannya dengan pelbagai aktiviti lain seperti games, tengok wayang, berjalan-jalan ke pelbagai tempat, panjat bukit, masuk marathon (dan banyak lagi), tapi aku tak dapat mencipta kembali perasaan yang sama, bahagia dan tenang yang pernah aku rasakan sebelumnya (pengecualian untuk membaca buku-buku yang thought provoking. Serius best!). Berbeza pula bila Ramadhan tiba aku mula solat tarawikh, hadir ke kuliah dhuha, kuliah perdana, tilawah Al Quran. Aku sungguh amat tenang dan amat bahagia ketika itu. Ramadhan berlalu, perasaan itu pun berlalu bersama-samanya.

Tapi Allah masih sayang pada aku. Yang aku pelajari, ternyata bahagia dan tenang itu bukan datang dari siapa yang terlibat dan apa aktiviti yang diperbuat. Puncanya adalah pada untuk siapa kita berbuat. Allah SWT mengajarkan pada kita dalam Surah Ar Ra'd (13), ayat 28:
Surah Ar Ra'd, ayat 28.
Mana mungkin orang boleh mengatakan "Islam itu indah", sedangkan dia jarang sekali beramal. Amalan adalah sebuah medan aplikasi kepada teori kita, halaqoh adalah medan komitmen kita, gerak kerja adalah sebuah pembuktian kepada komitmen kita dan hasil adalah pembuktian kepada amal-amal kita. Indah, bila Allah SWT sentiasa bersama-sama dengan kita, meredhai setiap langkah dan perbuatan. From there, the meaning will sink deep: that our religion is beautiful. Indah bukan sekadar kerana penganutnya, malah kerana tenang dan bahagianya perasaan mereka bila Allah SWT ada bersama-sama dan mereka merasakannya, bukan lagi sekadar slogan dan kata.
  
Sungguh keberadaan kita di sini dalam halaqoh dan tarbiyah bukan karena ingin dipandang hebat tapi kerana ingin menjadi manusia yang lebih baik. Dan semoga hakikat dakwah akan tetap murni di tangan para jiwa yang bermujahadah. 

4.49 pm
13/2/2014
BaTar
Akhir kepada sebuah angan adalah satu cita-cita.
Akhir kepada sebuah cita-cita adalah sebuah kenyataan.
Redha Allah SWT akan jadi kenyataan.
Bila tersemat sebagai sebuah cita-cita.