"Baiklah dia tu...."
"Apa yang baiknya?"
"......................." *Diam seribu bahasa, tak tahu bahasa mana nak digunakan.
Baru-baru ini saya agak terkesan dengan video gwiyomi oleh seorang 'awek' bertudung yang cute di Youtube. Sebenarnya, trend Gwiyomi ini dah bermula dari waktu bulan Januari lepas di Korea Selatan (takkan Korea Utara pula!) oleh seorang artis Kpop terkenal (cari sendiri, saya takkan beritahu siapa-siapa.)
Balik semula kepada apa yang saya terkesan tadi.
1. Loh, budak yang bertudung pun nak buat juga?
2. Apa pemahaman disebalik bertudung?
3. Jadi, apa perbezaan antara dia dan orang lain?
4. Apa dia perbezaan antara seorang yang muslim dengan seorang yang bukan muslim?
5. Bagaimana 'cute' itu boleh menjadi sebagai satu parameter kebaikan? Apakah yang tk berapa cute dan tak cute langsung itu tidak baik?
6. Malu?
Hoh, dah agak pening sikit.
Sayang sekali kebaikan manusia dinilai dari sudut luaran, dari segi kecantikan, tahap ilmu, pangkat, harta, wang ringgit.....
A bit jumping to conclusion: Jadi, syurga itu cuma boleh dimasuki oleh model-model, Ustaz-Ustaz, Ustazah-Ustazah, Syeikh-Syeikh kabir dan tak kabir, Datuk-Datuk, Dato'-Dato', Datuk Seri-Datuk Seri, Tan Sri-Tan Sri dan lain-lain yang kedudukan tinggi gaban dan punya riban-riban?
Kalau bukan yang cakap tu hensem/cute, tak kira....
Kalau bukan RM1000000, tk kira derma....
Kalau bukan Ustaz/Ustazah/Syeikh mengajar, tidak dikira ilmu...
Kalau bukan Dato'/Datuk/Datuk Seri/Tan Sri yang beri, pun bukan derma....
"Loh, kalo gitu guane dengan orang marhain cam kami nih? Tak layak?"
Standard kebaikan diturun serendah-rendahnya, sampai susah nak mengenali siapa yang sebenarnya yang boleh berbuat kebaikan.
Mari berbuat kebaikan bukan untuk hiasan pandangan manusia, tetapi
untuk kita sendiri mampu memperoleh ampunan Allah S.W.T dan syurgaNya.
(3:133-136)
P.S - Sayang sekali definisi 'cute' pada wanita
diletakkan pada sebuah video gwiyomi. Saya bersetuju dengan pendapat
Ameen Misran of Langit Ilahi. Terima kasih Faiz Aydil Ahmad kerana share di Facebook.
Gwiyomi style is cute but not according to my definition of cuteness.
A woman is cute when she has "shyness in preservation but firmness in
determination" and that cuteness is not from some cheap video."
~ Ameen Misran of LangitIlahi