SELAMAT DATANG
Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.
Sunday, 21 April 2013
Saya hensem dan saya ada girlfriend. Anda?
Dalam halaqoh yang lepas, saya sempat mentadabbur Surah Yusuf. Antara perkara yang saya pelajari:
1. Beliau dipaksa oleh abang-abangnya ke dalam perigi (12:10) dan dijual sebagai hamba dengan harga beberapa dirham (12:20).
2. Bila sudah dewasa, hensemnya Nabi Yusuf A.S mampu membuatkan wanita-wanita yang melihat beliau tidak sedar terpotong jari sendiri (12:31).
3. Walaupun hensem, tak pula digunakan untuk memikat wanita-wanita. Bahkan beliau memaksa diri untuk tak nak dan lari ke pintu apabila digoda oleh isteri Al-Aziz (12:24-25).
4. Lebih suka dipenjara daripada bebas dan berzina (12:33).
5. Nabi Yusuf A.S duduk dalam penjara beberapa tahun lebih lama kerana orang yang dibantu oleh Nabi Yusuf A.S terlupa nak membebaskan beliau (12:42). Jarang-jarang kita dengar banduan terlupa untuk dibebaskan, biasanya semuanya on time.
Nabi Yusuf A.S diuji dengan kehensemannya: sampai diajak berzina, masuk penjara, bahkan duduk lagi beberapa tahun lebih lama sebelum bebas dan mendapat jawatan yang tinggi dalam kerajaan.
Maka, mengapa tidak mahu menjaga diri daripada zina sedang Nabi Yusuf A.S adalah bukti pemuda yang mengelak zina adalah pemuda yang berjaya dunia dan akhirat?
7:00 pm
UTP
Selepas pulang dari MRSM PC.