Bila sampai ajakan kepada yang selari dengan hawa nafsu keseronokan, enjin berfungsi dan sudah siap dipanaskan. Tak perlu fikir panjang, "Ini baru best!". Sebab dan alasan sure KO tak perlu dicari. Inilah yang sepatutnya, paling tepat, benar dan betul untuk dilakukan.
![]() |
| Nak gi bilik Asif main DOTA2 ke nak gi halaqoh? |
Kenyataannya, kita bukan bodoh gabbana tak nak kebaikan, tak nak ke syurga. Ayat Al-Quran telah pun kita terima secara terus, nombor ayat Al-Qurannya ada dalam buku catatan, note dalm smart phone. Pasti All hands and feet in the air kalau ditanya soalan tadika: "Siapa nak masuk syurga?" Tetapi amal kita tak berbicara selari dengan mulut.
"Hati aku ni dah keras, tak leh dengar nasihat apa pun" - Alasan 1
"Aku ni tak suka kalau orang ambil tahu hal-hal aku!" - Alasan 2
"Lain kalilah aku join" - Alasan yang lebih umum 1
"Tak freelah malam ni...." - Alasan yang lebih umum 2 "Tengoklah dulu" - Alasan yang lebih gaban umum
"Sorrylah abang/akak, saya........(dengan sebabnya) - (Dah agak dah....)
Bila diajak kepada kebaikan, kenapa yang keluar dari mulut adalah alasan?
Seronok dalam bermaksiat? Mungkin.
Lena dalam tidur? Boleh jadi.
Mungkin yang lebih tepat adalah kita tak mempunyai sebab dan tujuan dalam berbuat.
"Kalau main game, dapat seronok!" (Mood: gembira)
"Kalau solat, dapat pahala bang." (Mood: tengah bermuhasabah)
Bila benda yang mata tak nampak, susah nak percaya. Bertambah sempurna bila hati tak boleh merasa.
Suatu yang kita boleh fikirkan lagi adalah kurangnya kesungguhan kita untuk benar-benar mengubah diri kita kepada menjadi lebih baik. Berharap boleh berkompromi dengan beriman. Dalam nak beriman sikit-sikit, kita buat maksiat sikit-sikit. Dalam kita berhalaqoh, kita berharap kita masih boleh main game, bercouple, tengok movie, anime, K-drama dan J-drama.
Konklusinya, 2 benda:
- Tak mempunyai sebab dan tujuan.
- Kurangnya kesungguhan.
Tapi bang, kalau nak berubah kita kena buat sikit-sikit. Kalau sekaligus nanti berat.
Itu bagi mereka yang berubah tanpa tujuan yang jelas dan sebab yang kukuh. Cuma sekadar ikut-ikutan, sedang sebenarnya dia sendiri pun tak tahu apa yang dia sedang buat sebenarnya. Kalau sekadar ikut orang, tak memahami kenapa, memang tersesat (QS 6:116)
"Kenapa kau suka kat dia?"
"Oh, sebab aku suka tengok dia. Dia cantik, sopan dengan semua orang,.....(the list goes on......)
Untuk orang yang bercinta, sebab dalam mencintai akan menentukan berapa lama mereka akan bertahan sebagai pasangan. Sama ada putus dalam seminggu (ceh!), sebulan, setahun, selepas menikah.
Semuanya kembali pada sebab.
Wajar saja. Andai tak rasa berat, letih, lapar, haus, rugi; maka kita cuma robot. Terima arahan, jalan.
Bila tubuh badan dah biasa berlari jarak jauh, cakap saja berapa kilometer, pasti boleh capai garis penamatnya. Macam Mo Farah:
![]() |
| OMG! |
"Depa dah berlatih bang, pengalaman bertahun-tahun. Mana nak compare dengan rakyat marhain cam kita!"
Ya, mereka berlatih.
Berapa banyak latihan yang dilalui Mo Farah untuk jadi Olympic Double Champion? Beribu-ribu jam.Jadi: rasa berat, letih, lapar, haus, rugi? Lihat dan dengarkan saja kata-kata beliau:
Pengorbanan.
"You've got to choose one or the other. And I'm really glad that I chose athethics"
"Sometimes, I can't stand the hard work dan dedication. But I'm enjoying it."
Mempunyai tujuan dan sebab yang jelas, tanpa ragu, tolak alasan ke tepi, berkorban untuk ke syurga. Mengetepikan kehendak untuk mengutamakan keperluan ke syurga.
Jadi, adakah maksudnya: kita redha untuk masuk Jahannam sedang satu usaha pun kita tak letakkan untuk mengubah diri sendiri, menggantikan maksiat dan dosa dalam diri dengan ibadah atau perkara yang bermanfaat? Lihat saja dalam Al-Quran, Surah Ar Ra'd, ayat 13 (QS 13:11).
Sekali lagi, rasa berat, letih, lapar, haus, rugi; Itu semua wajar. Itu semua sebahagian dari ujian (QS 29:2-3). Its a part of the work, going towards the end.
Kalau cinta tak perlukan alasan, mengapa ada alasan untuk kekal rugi?
Kadangkala kita pelik bila mendengar, ada yang menolak syurga.
Ya, menolak dengan amal perbuatannya sendiri.
Mari, kita cipta sebab untuk beramal dan beribadah, bukan alasan.
#57:16, #6:125, #91:8-10, #85:11, #47:32, #16:97, #13:11

