SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Thursday, 11 July 2013

Mesir, itu gaban. Malaysia, jauh lagi la deh!


Dari Syeikh Yusuf al Qardawi: “Bagaimana kita boleh sabar terhadap pemerintahan Husni Mubarak selama 30 tahun tapi tidak sabar terhadap pemerintahan Mursi yang baru 1 tahun? Apa mungkin masalah (warisan Mubarak) yang terjadi selama tiga puluh tahun bisa diselesaikan dalam waktu setahun?”
Untuk memahami perkara ini, mari buat sedikit kajian tentang Mesir (highlight:sedikit)
Peta Mesir dan jiran-jirannya.

Demografi penduduk Mesir: http://en.wikipedia.org/wiki/Demographics_of_Egypt#Vital_statistics

Kalau nak buat perubahan macam kat Mesir, nak target siapa bang? 
Target orang yang bersemangat waja membara tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, penuh bertenaga sepanjang hari macam orang baru lepas minum Milo Vico: orang-orang yang bersemangat pemuda. Pemuda adalah golongan yang paling bersemangat dalam membuat, membawa perubahan. Takkan nak mengharap orang tua-tua gayut tongkat kaki empat gigi rongak suara takdak nak buat kerja sana-sini?

Contoh: Baru setahun perubahan di Mesir, berubah lagi landskapnya. Yang turun demonstrasi, tak kira sebelah mana pun sokongan mereka: pemuda. Berapa ramai pemuda di sana? Ambillah dalam lingkungan 20-40 tahun, +- 41.9% dari populasi Mesir adalah pemuda.

Namun baru setahun perubahan berlaku, berubah lagi......

Kenapa cepat sangat, baru setahun kot? 30 tahun boleh pulak bersabar. 
30 tahun itu, masa yang panjang. Pemuda pun dah boleh jadi tua gayut dah. Dah boleh melayu semangat pemudanya dulu. Disini kita boleh nampak ada generation gap. Golongan yang bawa perubahan sekarang adalah suatu kelompok yang berbeza dari kelompok yang terdahulu. Dulu, mereka boleh bersabar. Sekarang tidak lagi. Setelah berjaya menuntut Hosni Mubarak jatuh dengan 'kuasa rakyat', maka mereka menuntut perubahan dengan 'kuasa rakyat' juga.

Ya ke 'kuasa rakyat'?
Atau ini adalah masalah kesabaran? Tak mampu bertahan lagi, setelah bebas dari kezaliman, maka dituntut supaya hawa nafsu ini dipuaskan spenuh-penuhnya dan semahu-mahunya, selagi boleh sumbat, sumbat sampai termuntoh? Jadi, yang tak boleh memuaskan hawa nafsu perlu dijatuhkan dengan 'kuasa rakyat', sekali lagi kerana nak memenuhi hawa nafsu.

Jadi, apa yang kita boleh ambil pengajaran dari mereka di Mesir?
Banyak, terpulang pada sudu pandang masing-masing. Ada yang kata:
  1. Kita kena mentarbiyah tentera juga, baru boleh ada backup yang kuat.
  2. Kita kena kuatkan ekonomi kalau nak menguasai negara. Ambil contoh Turki.
  3. Kita kena ada kelompok sokongan yang besar, untuk menyokong dakwah.
Saya? Saya nak kita bersabar dalam buat perubahan. Sabar untuk mengubah diri dan masyarakat.

Pemuda yang sabar dalam membawa perubahan, aset terkukuh, paling oshem (baca:awesome) dalam menjamin perubahan dalam masyarakat. Kenapa Ikhwan Muslimin sukses dalam memenangkan pilihan raya sebelum ini? Antaranya adalah kerana adanya golongan terdahulu yang mampu bersabar selama 30 tahun, yang walaupun dipenjara, miskin; mereka mempunyai visi yang jelas bahawa kemenangan bukan hari ini, esok, mahupun tahun depan tapi jauh di suatu masa akan datang. Tetap sedia meneruskan kerja dakwah. Dan untuk itu, mereka bersabar dan meneruskan kerja mengubah masyarakat.

Pembinaan diri harus dimulakan terlebih dahulu. Cuba semak Quran, Surah at Taubah, ayat 122 (QS 9:122). Nah, mengapa kita tak memperdalamkan pemahaman kita pada agama yang kita bawa ini? Dakwah ini harus dibawa dengan penipuan mulut dan penampilan ke? Lalu, kita mengajak manusia pada apa? Kepada jemaah, untuk populariti, cari pengikut, atau nak mengkayakan diri sendiri?

Malaysia?
Nak memperbaiki masalah yang berlambak-lambak dalam masyarakat Malaysia? 1 tahun, 4 tahun mahupun 10 tahun pon belum tentu cukup. Semangat gabbana menuntut perubahan tak cukup, sekadar ikut-ikut pun tak cukup. Dakwah ini perlu dibawa dengan kesungguhan, bukan sekadar ikut-ikutan. Sekarang kita nak menyelesaikan masalah, bangun dulu dari lena dalam maksiat. Kemudian, kejutkan yang lain. Andai perubahan dalam diri tiada, maka jangan pelik jika tiada perubahan dalam keluarga, masyarakat. (QS 9:122) Mereka sedang menuntut perubahan, sedang di Malaysia ini ramai, mungkin semuanya sedang tidur lena dalam bermaksiat.

Lambat la bang macam ni. Bila kita nak menang? 
Yup, tengok pada cara, gayanya barangkali benar kemenangan itu jauh lagi. It is not even around the corner. Tapi, inilah jalan paling cepat untuk menjamin perubahan dalam masyarakat. Rasulullah SAW ambil yang lama juga dalam dakwahnya kepada Arab Jahiliah. Gerakan Islam menang di Turki dan Mesir, pun bukan sekadar 10-20 tahun baru menang pilihan raya. Jalan kita di Malaysia maseh panjang, banyak lagi kerja kita kena buat. Mari terus berdakwah dan berhalaqoh!
Mari mula berubah,
Sabar dalam berubah,
Alangkah indahnya jika inilah Ramadhan yang kita mula berubah.
Menjemput hidayahNya. (6:125)

#20:132, #18:28, #9:122, #6:125