"Boleh, bila nak gi?"
"Esok pagi ok dok bang?"
"OK, kul 9 bleh?"
"Lewat skit la bang, 9 setengah gituh. Nak sarapan."
"9 setengah pun OK. Esok tunggu depan blok asrama ye. Abang datang ambil. Then, terus gerak."
Haha, sedikit cerita tentang saling membantu sesama manusia. Itu antara contoh, macam mana seorang dalam kesulitan, dibantu oleh seorang yang lain. Sebahagian daripada norma hidup manusia, bukan kisah inspirasi sangat pun.
Kemudian, manusia bukan setakat minta bantuan sesama manusia, tetapi juga dengan Tuhan. Tak mengira agama, siapapun akan berdoa pada Tuhan dan minta pertolongan bagi mengatasi kesusahan dalam hidupnya (not applicable to atheist, who tends to substitute God with anything. The Universe anybody?).
Apa yang disebut di dalam Al Quran tentang memohon pertolongan dari Allah SWT?
2:45. 2:153. Dengan sabar dan solat.
![]() | ||
| "Wut? Solah and patience?" |
Ikut logika kemanusiaan, kalau minta tolong mesti dapat on the spot jawapan, sama ada boleh atau tak boleh tolong. Sekarang Allah SWT memberikan jawapan: Nak pertolongan, kena sabar dan solat.
Kenapa sabar dan solat? Kenapa sabar dan solat itu diletakkan bersama-sama?OK, mari kita berfikir. Sabar adalah satu kata kerja, bukan kata adjektif. Memerlukan usaha yang keras untuk tetap menahan diri, bertahan dan kekal bertahan. Solat pula adalah hubungan langsung harian kita dengan Allah SWT. Sedang bila kita gabungkan kedua-duanya, maka apa yang akan terhasil disini adalah satu bekal yang boleh bertahan untuk jangka masa yang lama. Bekal yang takkan habis. Takkan terputus. Sedang kesabaran menipis, maka dalam solat kembali mencari kekuatan, ketenangan. Lebih best lagi, Allah SWT bersama dengan orang-orang yang sabar (2:153). Apa lagi yang kita harapkan, sedang Allah SWT memberikan sepenuh perhatianNya kepada kita? Mendengar segala keluhan hidup, permintaan kita dalam doa setelah solat.
Kita dulu adalah sebuah span (Spongebob?) yang penuh dengan air. Sejuk tangan memegang. Lama-lama, dah kotor, bercampur macam-macam (lumpur, taik, cuci kasut burok, karat besi), dah takde ghoper (baca:rupa) span dah. Di mana kita nak cuci? Of course, di sumber yang yang berterusan dan banyak, contohnya paip air.
Kita yang kekeringan sekarang. Pergilah cari paip air, atau tenggelamkan diri dalam laut.
Sabar dan solat. Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.
