SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Friday, 31 May 2013

Dilanggar Mak Cik Hidayah

Ketika sedang kami berbincang tentang berita semasa. Seorang ikhwah menyampaikan tazkirahnya.

"Bila manusia akan berfikir untuk buat perubahan pada diri dan keluarga dia kalau tak mula dari sekarang?"

(Soalan tidak terjawab, semua diam seribu bahasa, tak tahu nak jawab guna bahasa apa.)

"Bila dia dah kahwin, dan dah ada anak seorang. Masa tu, baru dia akan terfikir:
"Anak aku ni perlu dididik dengan agama".

Waktu tu, baru la mula nak cari balik baku-buku, nota-nota lama. Baru la nak tengok ceramah UAI kat Youtube, beli CD, kumpul CD dia."

"Aku dah senior, tahun akihir, dah lambat sangat dah. Dulu boleh la, waktu zaman2 foundation dulu."
"Tunggu kahwin dulu, baru la kita stop stalking awek."

"Akibat tengok awek cantik, kamu lupa dosa sampai mulut ternganga."

Terlalu selesa dengan keadaan semasa, sebab semua orang berbuat perkara yang sama. Mengikut arus yang dikatakan sebagai perdana. Kemudian, memberikan jawapan diatas sebagai alasan bagi yang mahu menghalalkan keadaan semasa. Apakah kita tak sedar yang kita sedang mandi dalam 'kolam najis' sebab semua orang mandi di tempat yang sama?

Orang macam aku ni dah terlambat ke nak berubah? Dah tak ada harapan lagi ke?
There is no such things as "too late" in life (Tuesdays With Morrie, Mitch Albom). Hidayah itu bukan dari manusia, itu khas dari Allah SWT. Pilihlah antara nak menunggu hidayah atau menjemput hidayah. Jika anda merasakan tidak ikhlas dalam berbuat, masalah sebenarnya bukan dari ikhlas. Ikhlas takkan datang bergolek. Ikhlas cuma hadir dengan latihan, dengan paksaan, melawan hawa nafsu yang mengajak untuk rilek, enjoy.
Kenapa nak berputus asa dengan Allah SWT? Putus asa ini sikap orang yang tidak percaya pada Tuhan je. (12:87)

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Jika Allah SWT berkehendakkan kebaikan pada seseorang itu, maka diberikan kepadanya kefahaman dalam agama, kezuhudan di dunia dan kesedaran terhadap segala keaiban atau kecacatan." 

Mari menjemput hidayah datang (6:125).