SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Thursday, 2 May 2013

Malaysia ni penuh dengan taghut, jadi.....

Untuk semua dari Syeikh Aidh Al Qarni:
"Tapi memang umumnya, saya melihat sejumlah da’i zaman sekarang harusnya terlibat dalam lapangan politik, birokrasi, pemerintahan. Ini karena Islam adalah agama dan negara. Masalahnya sekarang pembicaraan sejumlah da’i, siang dan malamnya didominasi tentang politik, pemerintah, parlemen. Para da’i lupa dengan shahih Bukhari dan Muslim, lupa dengan qiyamul lail, lupa dengan upaya memperbaiki kondisi umat, lupa memberi nasihat kepada para pemuda dan membenahi akhlak mereka. Itu terjadi karena sebagian da’i yang berlebihan dalam berbicara tentang politik lalu melupakan permasalahan umat yang kini dalam posisi terancam."

Parameter politik barangkali telah dipenuhi:
  1. Ada kumpulan sebagai teras.
  2. Ada kumpulan sebagai penyokong.
  3. Ada suara dalam masyarakat, bahkan suara anda didengari.
  4. Ada saluran media sendiri.
  5. Ada sistem yang efektif sebagai asas.
Kemudian, kesemuanya telah bergerak. Dalam masa yang sama, keutamaan telah berubah.

Lalu pada ketika ini ramai yang mengabaikan parameter keimanan dalam politik, seolah-olah medan politik ini adalah tempat untuk mendedahkan video-video seks, membuka kelemahan pihak lain, menggugut masyarakat serta merosakkan peribadi lawan. Apakah ini politik yang diimpikan?

“Politik apa mengarut macam ni?”
Saya tidak tahu ini politik apa. Jauh merosakkan imej anda, parti, dakwah, masyarakat dan perjuangan yang anda bawa. Barangkali politik Machiavelli: 
“Politics have no relation to morals.” 

“Lalu politik ini untuk apa?”
Secara umum, politik ini adalah sebagai tempat yang mana suara-suara kita akan diluahkan, hak-hak kita akan diperjuangkan dan keadilan akan ditegakkan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

“Dah yang ditonjolkan diatas ini apa?”
Barangkali hasil daripada politik yang bergerak tanpa parameter keimanan:
  • Qiamullail ditinggalkan, 
  • Tahajjud ditinggalkan, 
  • Solat lima waktu ada sebahagian dan tiada sebahagian, 
  • Bacaan Al-Quran sekadar memenuhi majlis kemasyarakatan,
  • Ma’thurat ditinggalkan,
  • Jarang sekali istighfar sebagai muhasabah.
Sedang tiada parameter keimanan, maka masyarakat dipimpin oleh ahli politik yang tidak bermoral:
  • Akhlak ditampal sana-sini dengan quote yang indah,
  • ‘Menegakkan benang yang basah’,  
  • Mengumpul harta dan kemewahan hasil dari milik rakyat,
  • Tak cukup harta, rasuah lagi.
  • Menipu dalam urusan supaya boleh mengaut keuntungan.
Penyakit pada pemimpin menular kepada masyarakat. Masalah moral pemimpin kini sudah menjadi masalah sosial, nanah dalam imej negara. Pada ketika ini, siapa yang akan membetulkan umat, kalau semua bahkan da’i pun sibuk untuk berpolitik?

"
Politik ni bukannya kotor pun. Apa salahnya masuk politik?"
Ya, politik tidak kotor. Namun politik yang dipenuhi oleh orang-orang kotor, menyebabkan air yang suci murni boleh diminum oleh semua telah dirampas, dibotolkan kemudian dijual dengan harga yang mahal kepada rakyat. Kita akan masuk ke politik, tapi masanya bukan sekarang.

Untuk itu, wajib bagi kita memperbaiki keimanan kita sejak dari muda lagi, sebelum kita menjadi pemimpin lagi. Kita tidak akan mengikut arus semasa yang suka mencipta masalah sosial, kemudian menjadi kanser dalam masyarakat ketika ini.
  • Kita baca Al-Quran.
  • Kita bangun qiamullail dan tahajjud.
  • Solat lima waktu itu adalah biasa kita lakukan.
  • Ma’thurat itu zikir harian.
  • Istighfar itu membangkitkan muhasabah.
Kita akan dakwah untuk memperbaiki diri dan keluarga, kemudian dakwah pada masyarakat dan seterusnya baru memasuki negara.

Bila semua orang beriman, maka apa yang sukar untuk menguasai negara?
Bukankah indah jika pemimpin itu berakhlak mulia, taat pada perintah Allah S.W.T seperti para sahabat Rasulullah S.A.W yang menjadi Khalifah dan Gabenor. Baca tentang akhlak dan kehidupan mereka sebagai pemimpin. Antara yang menyentuh hati saya adalah Salman Al Farisi. (Boleh baca dalam 60 Sirah Sahabat Rasulullah S.A.W karya Khalid Muhammad Khalid).

"Jadi Gabenor pun zuhud? Ada gaji, sedekahkan semua?"
Bahagia bukan jika ada pemimpin sebegini? Takut pada Allah S.W.T, mengutamakan akhirat dari dunia, beriman, tidak mengkhianati amanah.

Nah, bagaimana nak membina manusia sebegini?

Untuk menjadi seperti mereka, disini keperluan untuk kita membina keimanan. Hadir ke kelas-kelas Al-Quran, program-program halaqoh dan dakwah, riadah bersama-sama ikhwah-ikhwah yang mahu membina keimanan.

"Ini yang aku berat sikit nak datang ni....benda lain OK, tapi yang macam ni..."
Rujuk 2:216. Allah S.W.T lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Rujuk 2:155. Kita akan diuji dengan rasa takut, lapar, kurang masa.
Rujuk 2:268. Setan akan menakutkan kita dengan kemiskinan, sedang Allah S.W.T menawarkan keampunan dan kurniaNya yang luas.
Rasa berat lagi? Penampor nak?

Kita adalah pemimpin masa depan. Keburukan mereka hari ini akan diganti oleh kita, generasi baru yang beriman kepada Allah S.W.T. Pemimpin bagi orang-orang bertaqwa. 25:74.

Ini yang saya percaya dan yakin. Yang nak berbeza pendapat dengan saya, silakan.

P.S - Teks penuh: http://www.eramuslim.com/islamic-quotes/janganlah-dai-berlebihan-bicara-politik-tapi-lupa-nasehati-umat.htm#.UYICf8pJz1w

P.S 2 – Langsung tidak bertujuan mengkritik mana-mana parti politik semasa. Saya lebih mahu menyentuh individu. Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya. Anda sakit punggung membaca tulisan ini, semoga Allah S.W.T memberi hidayah dan petunjukNya supaya anda menjadi manusia yang soleh.

P.S 3 - Jom halaqoh!