SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Thursday, 23 May 2013

YOLO


Ketika ujian datang bertubi-tubi:
lutut longgar, kaki tak daya nak melangkah, berguling-guling, kalau menjerit boleh selesaikan masalah sudah pasti terkeluar anak tekak.

2:216

Keinginan hati nak buat macam-macam yang menyeronokkan, untuk memuaskan rasa yang terpendam, yang sudah terbuku lama gila dalam hati, dalam jiwa. Nak main game itu, nak download yang ini, nak tengok Game of Thrones Season 1 sampai episod yang terkini.  YOLO! Enjoy masa muda nih!

Macam-macam.


“We’re gonna party tonight, Yeah!”


Tetapi dihentikan semuanya. Ya, semuanya tanpa ada yang terkecuali.

“Pulak dah…..Merajuk?”
Bukan. Sapa tak nak berseronok? Aku pun nak buat semua itu. Sungguh nak.

Tapi dalam satu sudut yang lain, perasaan, masa, tenaga yang terkeluar tu cuma akan membina kepuasan yang sementara. Pada waktu dan ketika tu je yang seronok, kemudian kekosongan. Rasa itu bukan semakin terubat, jadi makin parah sebab salah guna ubat.

Sekarang, Allah SWT serba serbi apa yang terbaik. 2:216. Biarpun rasa letih, malas yang mencengkam kaki, hati yang berat gaban nak diangkat, namun tetap berjalan ke depan dengan penuh keyakinan: Allah SWT tahu serba serbi apa yang terbaik, lebih terbaik dari apa yang aku mahu kerjakan sebelum ni.


“Dah buat macam-macam tapi tak jadi jugak. Hadoh, letih macam ni……kenapa benda ni jadi kat aku je?”
Hoho, tenang dulu friend. Ujian datang bukan untuk menyusahkan, tapi sebagai kayu pengukur. 29:2-3. Masakan kita tahu berada di tahap mana tanpa diuji.

Yang nak diminta disini bukannya senyum, terima seadanya macam otak dah pandir. Bukan.

Cuma, kena mulakan dengan bermuhasabah kenapa ia berlaku, sisi kelemahan mana yang kurang, dan kemudian mari perbaiki.

Dalam satu sudut yang lain bagi ayat 2:216, perlu siap untuk kecewa. Yang kita hendak tak dapat, walaupun rancangannya sudah terbaik dan usahanya pun dah yang tertinggi tahapannya. Tetapi Allah SWT berkehendak yang lain berlaku.

Maka pertamanya jangan bersedih, Allah SWT mahu mengajarkan kita tentang kehidupan. Bersangka baik deengan Allah SWT. Send a good signal to Allah SWT and He will reply a good signal (Baca buku The Secret oleh Rhonda Bryne). Sabar dan teruskan, macam biasa. Paling penting, ikhlaskan semula niat dalam menjalani kehidupan.
P.S - Jangan kecewa sebab tak masuk syurga sudah. Lengkap kerugian hidup di dunia.