SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Wednesday, 26 March 2014

Lebih kurang 1000 tan (kot).

Sukar untuk menyatakan cinta.
Setiap kata perlu dibuktikan dengan amal,
kerana cinta adalah bukan sekadar emosi dan perasaan.
Luahannya adalah dengan kerja, kerja, kerja.
Bukan lagi cakap-cakap sahaja.
Semua dah muak mendengar kata dan janji.
Sekarang, semuanya adalah kerja, kerja, kerja.

Menyatakan cinta dengan kerja, agak sukar.
Gaya bahasanya tak sama.
Dibalik setiap idea, arahan, ketetapan, ketaatan, komitmen.
Dalam keseriusan kerja, kita menyatakan cinta.

Aku faham kerja itu berat.
Tapi, pandanglah dengan kaca mata tarbiyah.
Pandanglah ke atas, kau punya penolong paling hebat!
Pandanglah ke bawah, kau ini bertuah sebenarnya!
Pandanglah ke kiri dan kanan, siap sedia ikhwah/akhwat di sisimu!
Bukan kau seorang!

Jalan dakwah ini panjang lagi.
Penamatnya entah bila, dimana. Tak tahu.
Dan kita tak terburu-buru mencari penamatnya.
Siapa yang memerlukan dakwah ini?
Kami yang memerlukanmu akhi/ukhti.
Siapa yang boleh menggantikan tempatmu?
Tolonglah dakwah ini!
Tolonglah dakwah ini!
Tolonglah dakwah ini!

Allah SWT yang akan menolongmu.

26/3/2014
BaTar 4
12:37 pm
Ini bukan soal bila, siapa. Ini soal kenapa.


Insya Allah, kerja dakwah kita adalah cintanya kita pada dakwah. Moga Allah SWT redha....