SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Sunday, 23 March 2014

Lap habuk pada cermin.

Ibadah tak punya rasa tenang seperti dulu?
Bacaan Quran dan tadabbur sudah tak punya kesan?
Dakwah dan ukhuwah tak lagi terasa manis?
Nasihat tak lagi mampu memberi kesan pada hati?
Apa yang hilang ni sebenarnya?

Maaf, tapi pandanglah dirimu akh sebelum menyalahkan keadaan dan orang sekeliling.
Ikhlaskan hati kita akh, bukan sekadar paksakan diri dan telan semuanya.
Kalau tidak, kita akan merasa ayat Al-Quran itu memaksa, nasihat itu untuk menjatuhkan, ukhuwah tak lagi seronok, ikhwah tak lagi memahami, amal ibadah (baca:mutaba'ah) itu memberatkan, dakwah itu pengarahan, jauh sekali nak 'berkorban'.

Ingatlah semula waktu itu, waktu kita yang memerlukan Allah SWT.
Seperti awal zaman jahiliah kita dulu, waktu kita sangat jauh.

Barangkali kerana kita dah tak rasa kita memerlukan Allah SWT.
Sebab itu, semuanya tak lagi seperti dulu, seperti waktu hanya kita dengan Allah SWT sahaja.
Sebab itu kita 'lari', kerana kita dah tak rasa kita memerlukan Allah SWT.

Semuanya tinggal pilihan kita, buatlah pilihan yang tepat bukan sekadar baik, benar dan betul.


22/3/2014
10:25 am
BaTar 4
Bila keadaan memaksa, sukar untuk menyalahkan diri sendiri.
Jadi, yang lebih mudah itu adalah salahkan keadaan.