SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Friday, 14 March 2014

May the lesson be yours. Truly yours.

Pelajaran dari satu ayat: Surah Yusuf, ayat 108. [12:108]

1. Dengan menyebut, itulah asas kepada dakwah. 

Perkataan yang kita cuba sampaikan bukan dengan bicara semata-mata, tetapi bahkan lebih jelas disampaikan dengan amal.

"Action speaks louder than words."
Dalam menyampaikan, kita pasti mahu berikan yang terbaik. Jadi, dalam menghasilkan buah yang terbaik, perlu ada persiapan supaya apa-apa pun yang kita usahakan tidak akan menjadi suatu usaha yang tidak memberi impak pada target dakwah. On the highest list of priorities, jagalah keikhlasan kita dalam menyampaikan perkataan yang terbaik, supaya Allah SWT akan menerima amal-amal kita sebagai amal yang diredhaiNya, amal seorang hamba yang berbuat supaya TuhanNya redha kepadanya.

Hasan al Banna pernah berkata : “Yang saya maksud dengan ikhlas adalah hendaknya seorang akh dengan ucapan, perbuatan dan jihadnya, semua hanya mengharap ridha Allah, tanpa melihat dan mengharap imbalan, pangkat, kedudukan, popularitas.”

Perkataan yang berat menuntut tindakan yang kuat untuk memikul beban perkataan itu. Ikhlaskan saja, bukan tunggu ikhlasmu!

2. Nyatakan pendirian dengan penuh keyakinan.

Bahawa:

"Inilah jalanku!"
"Ini adalah perkara yang aku telah pilih!"
"Insya Allah, aku akan tetap disini, kerana ini yang aku yakin!"

Terus untuk tetap tsabat dan tetap pada jalan dakwah ini.

Pernyataan yang perlu disemat dalam hati dan dilafazkan dengan amal supaya ia akan menjadi sekukuh gunung. Ini bukan sekadar retorik untuk menakutkan musuh, semangat sahaja tidak akan cukup untuk sentiasa memotivasi perjalanan ke hadapan kerana jalan dakwah kita masih panjang. Jauh lagi akh, kesabaran kita sentiasa perlu diperkuatkan dan semangat kita sentiasa perlu diperbaharui dengan sumber tenaga yang tak kehabisan.

Oleh sebab itu, nyatakan pendirian kita pada jalan dakwah ini dengan kefahaman, bahawa ada target yang mahu dicapai dan sedar akan tindakan yang perlu dilakukan. Allah SWT tujuan kita, Rasulullah SAW teladan kita.

3. Sentiasa mengajak manusia kepada Allah SWT, supaya mereka kembali ingat kepada Allah SWT. 

Persatuan yang dibentuk atas dasar untuk taat kepada Allah SWT semata-mata.

Bangsa, ideologi, jamaah mahupun kepentingan tertentu (harta, jawatan etc.) telah dijadikan sebagai sebagai kuda tunggangan dalam mengumpulkan sokongan dan mempersatukan manusia. Bahkan, Allah SWT juga diperalatkan atas dasar untuk mencapai tujuan-tujuan peribadi diatas. Lalu, berkumpullah satu kumpulan yang mengatakan diri mereka mengajak manusia kepada Allah SWT, sedangkan mereka cuma mahu mencapai tujuan lain (seperti contoh diatas) sebagai priority dan Islam, dakwah sebagai secondary. Ini dakwah yang yang kita mahu bawa, dengan meletakkan Allah SWT sebagai seconday, attachment?

Mungkin saya cetek pemikiran, tak mengenal dunia mahupun terjun langsung ke 'medan dakwah sebenar' barangkali, tapi ada saja mereka yang 'dakwah' mengajak kepada jamaah, sekadar mahu meramaikan pengikut supaya boleh berbangga dengan bilangan (supaya ada suara majoriti, katanya) tanpa melihat kualiti penggeraknya. Khuatir, bila para penggerak dakwah ini tidak diperhatikan dengan baik kualitinya akan merosakkan jamaah, dakwah yang dibawa, bahkan sampai membenarkan kemaksiatan dan kekufuran pada Allah SWT. Boleh terjadi, kerana mereka tak ada kefahaman terhadap tujuan asal dakwah.     

4. Membawa dakwah dengan penuh keyakinan, kerana yakin bahawa kita menyampaikan ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Perkataan mana yang lebih baik dari Al-Quran? Peribadi siapa yang lebih baik dari Rasulullah SAW?

Bila mana kita membawa yang terbaik, ada winning factor dalam tangan kita. Bahawa kita pasti tidak akan kalah, bahkan insya Allah bantuan Allah SWT pasti ada [47:7].

Wajib untuk kita untuk mempunyai ilmu yang melebihi tsaqofah umum semata-mata, kerana itu akan menguatkan hujah dan menghilangkan keraguan pada hati.

5. Dakwah ini tidak mungkin akan dibawa oleh orang-orang yang tidak menyertakan dirinya kepada Allah SWT.

Perlu untuk kita perhatikan sentiasa sifat-sifat buruk yang masih melekat dalam diri supaya tidak ada yang akan menyebabkan fitnah kepada diri bahkan dakwah terutamanya.

Orang yang menjadi hawa nafsu sebagai tuan kepada dirinya tidak mungkin mampu untuk bertahan lama, kerana dakwah akan menuntut segala-galanya. Masa, tenaga, idea, cinta bahkan sampai harta dan keluarga perlu dikorbankan. Jadi, bagi yang masih ada perkara yang segan, bahkan berat untuk dikeluarkan sedangkan dakwah menuntutnya maka mereka takkan mampu bertahan kerana masih ada yang ia cintai selain Allah SWT, Rasulullah SAW dan jihad.

Setiap pada kita akan diuji pada titik terlemahnya, oleh itu amat diperlukan kesabaran dalam pengorbanan. Sentiasa perhatikan keikhlasan dan sentiasa peringatkan diri untuk ikhlas, positif dengan kemampuan diri sendiri. Lihatlah dengan kaca mata perbaikan: apa lagi kekurangan yang harus diperbaiki?

Dan yang pasti, orang-orang yang sabar itu akan menang.

6. Dakwah ini tidak akan mampu oleh seorang. 

Bermula dengan seorang boleh, tapi digerakkan oleh seorang sahaja: terbatas kemampuannya. Seorang diri, dia akan lemah, kerana dia boleh diserang dari pelbagai sisi.

Oleh itu, perlunya ada satu jamaah. Kita menggabungkan semua kepakaran, kebolehan, kelebihan, kemampuan kita menjadi satu unit yang bersinergi untuk menggerakkan dan menyebarkan kebaikan kepada seluruh manusia. Saling mempertahankan bila diserang, bahkan on the offensive bila musuh menunjukkan kelemahan.

Da'ie itu beruntung, kemana sahaja dia akan pergi dia akan menebarkan kebaikan.

*******
14/03/2014
BaTar 4
11:56 am.
Idea ketika di rumah, di catat. Catatan lama yang direalisi akhirnya.