Cuma yang pernah letih menahan panas akan faham nikmatnya makna 'menari' dalam hujan.
Perkataan 'ujian' antara yang paling biasa kita dengar sebagai pekerja (baca:jundi) di jalan dakwah. Satu kata yang cukup padat dengan pengorbanan, dugaan dan perjuangan melawan kecenderungan diri. Bila membaca sirah para sahabat Rasulullah SAW, kagum. Tahap pengorbanan legendary mereka sikit lagi nak mencapai tahap nirvana (sarcasm). Selama ini, mungkin kita pernah bertanya:
"Apa tindakan kita sekiranya perkara yang sama terjadi pada kita?"
Kita biasa melihat, ada ikhwah wal akhwat yang menghadapai masalah. Masalah mereka, mereka dan Allah SWT lebih tahu bagaimana besar atau kecilnya masalah itu. Sembang kita kadang kala lebih lebat dari air hujan. Bila masalah itu datang sendiri ke depan batang hidung kita sendiri, macam mana? Aku dah pernah cuba untuk menjawab soalan ni dalam post sebelum ni: Jerit kuat-kuat di sini.
"Dari sudut mana seseorang itu akan diuji?"
Setiap pada kita diuji dengan perkara yang kita sukai. Perkara yang kita sukai akan menjadi titik yang terlemah, disini Allah SWT akan menguji kita. Bolehkah kita mengorbankannya? Dakwah itu cinta, dan cinta akan menuntut segalanya darimu, segalanya. Sebelum ini kita boleh mengatakan "kita semua akan diuji", tapi apa kita akan sungkur bila tiba masanya diuji?
Mari syurgakan kata dengan bukti. Mari syurgakan ujian dengan amal, bahawa bila ujian itu datang kita siap untuk menerima, siap untuk memberikan cinta kita, demi Allah SWT. Kita mungkin merasa berat, ya memang benar beban yang kita bawa memang berat. Tak sanggup nak dilepaskan, mahupun diberi kepada orang lain. Tapi generasi sebelum kita, para sahabat Rasulullah SAW mencontohkan pada dengan amal yang paling baik. Mereka ini telah meletakkan Allah SWT, Rasulullah SAW dan jihad diatas yang lain. Diberikan semuanya, biarpun yang tinggal cuma segenggam kurma supaya mereka memperoleh keredhaan Allah SWT dan doa Rasul. Yang tak punya apa-apa pula menangis, sebab nak memberi tapi tak punya apa-apa pun!
Sekali lagi, dakwah itu cinta, dan cinta itu menuntut segalanya darimu, segalanya. Ini medan praktikal bagi kita pula. Kita punya masa, wang, perasaan, tenaga bahkan itu pun diminta oleh cinta. Pengarahan dakwah pula tiba dalam keadaan yang agak singkat dan seperti memaksa, kerana tak ada yang lain sudah boleh dipinta. Bila terpaksa untuk memilih antara dakwah dan keutamaan yang lain, anda sedang diuji. Sediakah untuk menerima? Sudahkah pertimbangan yang tepat dibuat? Adakah kita akan mengutamakan Allah SWT, Rasulullah SAW dan jihad dalam dakwah?
"Macam mana sekiranya ujian itu rasanya terlampau berat?"
Allah SWT ada menyampaikan pada kita, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 (2:286). Nyata maksudnya, tapi perkataan yang berat. Masalah yang menghentam kehidupan kita, pasti cuma kita yang faham kesusahannya. Kalau diceritakan sekalipun, tak boleh nak expect mereka akan faham seperti yang kita rasa. Jadi Allah SWT tak faham kesusahan dan penderitaan pemikiran dan fizikal tu?
Maaf, tapi pada aku sangat kecewa dengan pemikiran sebegitu. Kerana dia yang merasa semuanya, jadi orang lain tak layak untuk mendengar, menasihati, memberi pendapat mahupun membantu. Sukar nak meneka internal change manusia.
Maaf sekali lagi, tapi macam mana kalau itu yang terbaik dari Allah SWT? Barangkali kita expect yang terbaik dari Allah SWT itu sesuatu yang menggembirakan, pasti membahagiakan dan menenangkan kita. Sukar untuk belajar dari kepahitan, tapi barangkali itu pelajaran yang terbaik. Bukan pukulan ke 100 yang menjatuhkan, tapi 99 pukulan yang sebelumnya. Sinonim untuk hal ini yang biasa digunakan adalah 'bersangka baik', 'positive thinking', 'energy' etc.
Expect the unexpected. Kecewa mungkin pasti berlaku, cuma jatuh ke lubang yang sama kali kedua? Mudah-mudahan Allah SWT akan terus mengukuhkan langkah, menetapkan hati, dan meluruskan niat di jalanNya.
Buatlah pilihan yang tepat, bukan sekadar baik, benar dan betul. Keutamaan kita ada, dan sudah Allah SWT jelaskan dalam Surah At Taubah, ayat 24 dan 41 (9:24, 9:41). Tak ada kerugian pada seorang da'ie kerana pekerjaan, perkataannya adalah yang terbaik (41:33). Kerugian yang nampak hanyalah kerana setan dan iblis yang menjadikannya sebegitu rupa buruk dan rugi, sedangkan Allah SWT menjanjikan pertolonganNya (47:7).
Inilah jalan yang akan sentiasa menguji keyakinan dan kesabaran kita. Perniagaan yang mana kita perlu membayar dengan harga semasa untuk keuntungan masa depan, dunia dan akhirat. Andai saja kita sentiasa sabar dan yakin untuk melihat hasilnya. Kuatkan kesabaranmu akhi wal ukhti (3:200), tak ada yang sia-sia dalam usahamu (3:191), selepas setiap kesulitan akan ada kemudahan (94:4-5).
Jalan dakwah ini pula panjang, hujungnya tak nampak, akhirnya pula tak tahu bila. Dakwah banyak dan akan sentiasa mengajarkan kesabaran untuk kita. Berjuang sendirian terasa melelahkan, oleh itu jagalah ukhuwah dakwah kita. Supaya amanah dakwah lebih tenang dan nyaman, tuailah nikmat ukhuwah di dalamnya.
Mari kita maksimumkan usaha, perbaiki sendi keimanan dan dengannya kita akan menuai hasil dunia dan akhirat terutamanya, insya Allah!
21/3/2014
4:19 pm
BaTar 4
Cinta dan sabar adalah kata kerja, bukan retorik semata-mata.