Mencari jalan selepas tarbiyah.
Dengan satu SMS/PM/mesej kita menjelaskan bahawa kita meninggalkan tarbiyah, atas alasan peribadi, kerana keadaan memaksa, dengan harapan "inilah pilihan terbaik".
Macam senang bukan?
Kondisi sebenarnya, bingung nak menentukan sikap tapi optimis dengan pilihan yang nak diambil. "Ana dah tak tahu nak buat apa lagi" bahkan adalah alasan yang paling kental.
Ikhwahfillah, bagi membuat keputusan kita harus kuat dalam memutuskan dan memilih apa yang sepatutnya dilakukan. Serta, siap untuk menanggung jawab semua kesan yang akan berlaku. Inilah yang kita katakan 'matang'.
Bingung untuk menentukan sikap, ragu-ragu untuk membuat keputusan seperti diatas bukanlah satu kekuatan. Bahkan, inilah kenapa ramai yang telah memilih keluar dari tarbiyah tidak lagi sehebat dulu sewaktu masih terus menerus ditarbiyah dan mentarbiyah diri sendiri: tidak matang dalam membuat keputusan.
Kebiasaannya orang umum, kematangan ini akan terbentuk apabila masuk ke dunia pekerjaan/mahu berumah tangga/menjadi tempat keluarga bergantung etc. di tambah lagi faktor umur yang telah meningkat (23 tahun ke atas). Kenapa? Pada mereka, itu adalah ujian yang berat. Keluarga, kewangan adalah ujian yang berat.
Pada seorang ikhwah, kerja-kerja dakwah itu saja sudah mendatangkan pelbagai ujian dan masalah yang harus diselesaikan. Kepelbagaian masalah dan ujian ini yang membentuk kematangan, bahkan matang lebih awal dari usianya.
Kelemahan sebegini yang sentiasa kita perbaiki dengan terus mentarbiyah diri sendiri. Ujian yang akan mematangkan kita pula, menjadikan kita kreatif dalam ujian-ujian hidup akan datang. Pengalaman ikhwah lain juga boleh kita buat sebagai petunjuk untuk membantu menyelesaikan masalah.
Inilah nikmat bagi yang memilih dakwah dan tarbiyah. Jangan sampai kita terjatuh pada hawa nafsu dunia dan melupakan cita-cita indah dakwah ini.
02/11/2014
3:00 pm
UKM KL
Dah lama dah tulis, akhirnya dilepaskan dari inbox.
Semoga menjawab soalan.