SELAMAT DATANG

Kebaikan itu boleh dilihat oleh yang buta, boleh didengar oleh yang tuli, boleh dirasa oleh Si Kosong.

Thursday, 26 September 2013

Batu asah parang aku kat mana... (lupa)



Kehidupan kita berlalu dengan amat cepat. Tak terasa pun, akhinya dah bertemu dengan hujung minggu. Bermula semula kerja-kerja yang lepas: halaqoh, dauroh, syuro, liqo’, program halaqoh dan sebagainya. Yang lain akan mula dengan quality time bersama keluarga, kawan rapat dan sebagainya.

Kelelahan yang meragut
Jadual yang padat di hujung minggu, sampai boleh mengeluh. Ditambah dengan jadual kelas, assignment, projek group sebagainya, aduh kelelahan yang bertimpa-timpa! Semuanya diragut tanpa rela (atau dengan kerelaan): tenaga, masa, idea. Dalam kelelahan itu, kita sejenak mahu mengambil ruang untuk sejenak memejamkan mata.

Apa yang telah dibuat sampai penat?
Adakah semua itu bermanfaat?

Sumpah letiih!

Ohoi, kapak dah tumpul.
Kita akan sentiasa mendengar hujah-hujah yang mewajarkan kerehatan. Dalam kerehatan juga, kita mendengar hujah-hujah yang memotivasi kita untuk bangun semula dan berjalan. Jika nak dibahas, panjang lebar pula nanti, dari pembukaan sampai penggulungan hujah. Cuma kita akan kembali bertanya, ini adalah kemahuan sendiri atau keterpaksaan? Adakah kerehatan yang kita inginkan, sebentar atau lama?

“Dan ketahuilah olehmu, bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan, benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu, serta membuat kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, “- (QS.49: 7)
 
Terpulang sama ada kita nak menurut kemahuan sendiri atau kemahuanNya. Cuma Allah SWT telah menyampaikan pada kita semua, bahawa jalan yang lurus itu cuma akan dilalui dengan keimanan. Bukan sekadar ikut-ikut dan terpaksa. Dakwah ini telah ada cita-cita tinggi, telah mempunya suatu visi yang mencabar dan besar, dan tentunya perlu dibawa oleh orang yang tahan lasak dan karat kuat. Dan kita telah biasapun meminta pada Allah SWT untuk dibantu dan ditunjukkan jalanNya:
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus…” – (QS 1:5)

Asahlah kapak sampai tajam, cuma pokok takkan tumbang kalau masih di bawah pohon rendang.

Gerakkan hati, hati gerakkan
Ada alasan untuk pejam mata.
Ada juga untuk terus ke depan, terus bertahan.
Semoga kita semakin dekat, terbuka mata, tetap bangun dan menjadi bahagia.

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Q.S 3 : 31).

Sepanjang jalan cinta itu...

Jalan kita mungkin tk secantik ini, tapi jalan itu sentiasa indah dengan pengajaran dan hidayahNya


BaTar
26/09/2013
-Persediaan untuk kedepan-