Love conquers all.
Love is a sweet torment.
Bagi yang baru mahupun telah lama bercinta, ataupun yang
sudah berulang ganti pasangan dalam bercouple, pasti pernyataan diatas adalah
benar.
Err, bagi yang tak faham, boleh buat sedikit carian di Youtube dan Google. Letih juga teman
nak menerangkan. Ada sampai makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, menangis-nangis
mintak jangan putus, ohoi jangan bunuh diri sudah dik. Barangkali kita
tertanya, mengapa menyintai manusia itu menyakitkan, hingga terasa ke tulang
sum-sum dan tulang sepultura. Bukankah cinta sepatutnya indah dan bahagia?
Dari mana datangnya indah dan bahagia?
Indah dan bahagia diatas tidak merujuk kepada nama manusia.
Tiada kaitan antara yang hidup dan sudah meninggal dunia.
Faktor utama bagi keindahan dan kebahagiaan bercouple ini selalunya
terkait dengan kebersamaan. Bersama-samanya dua orang yang bercinta, di mana
sahaja, apa pun jua, membahagiakan dan indah. Kentut pun boleh jadi bahan gelak
tawa bagi dua orang yang bersama-sama (Err). Sebagai perbandingan, bayangkan
sahaja seorang yang forever alone.
Serinya kehidupan hilang, semuanya dilakukan secara berseorangan. Bahkan,
seorang gamers sekalipun tak merasa
permainan itu seronok bila mana dia tidak boleh berkongsi pencapaian peribadi
dan keseronokannya dengan gamers lain.
Semuanya jatuh kembali kepada kebersamaan.
Robert J. Stenberg (2004) ada mengupas tentang apa yang
menjadi faktor utama cinta dalam Triangular
Theory of Love. Apa yang menjadi inti kepada sebuah cinta?
![]() |
| Hoh, segi tiga Freemason! |
Beliau memfaktorkannya kepada 3 perkara: Intimacy, Passion dan
Commitment. Bahkan merumuskan tentang berbagai bentuk cinta manusia kepada:
|
Types of Relationship
|
Intimacy
|
Passion
|
Commitment
|
|
Romantic love (bercouple)
|
×
|
×
|
|
|
Companionate love (teman tapi mesra)
|
×
|
|
×
|
|
Fatuous love (Mabuk cinta)
|
|
×
|
×
|
|
Empty love (Bertepuk sebelah tangan)
|
|
|
×
|
|
Infatuation (Gila mabuk berangan lebih)
|
|
×
|
|
|
Liking (Kita Suka Awak)
|
×
|
|
|
|
Consummate love (Paling gaban)
|
×
|
×
|
×
|
Mari kita bercermin dengan remaja yang katanya hangat bercouple. Suatu romantic relationship antara lelaki dan perempuan tanpa commitment adalah suatu formula
kegagalan (rujuk table). Bermain
dengan api, terbakar masuk neraka.
Dari mata turun ke hati itu cuma infatuation semata-mata. Hawa nafsu
menginginkan yang cantik, mantap, hensem, lawa, putih, hitam, perang dan
lain-lain lalu mata mencari kepadanya. Barangkali suatu formula for disaster bagi mereka yang mencari pasangan dengan cara
sebegini.
5 huruf yang menghapus kesedihan, 1 kata yang membeliakkan mata, membangkitkan
semangat. Kata istilah untuk cinta. Cuma terkadang, antara hawa nafsu dan semangat yang mana terbangkit
dahulu?
Penulisan ini adalah kajian oleh penulis tentang tarikan dalam bercouple dan mengapa
bercouple itu banyak membawa kepada kegagalan berbanding kejayaan. Pendapat,
masukan mahupun bantahan dialu-alukan oleh penulis untuk memperbaiki kajian ini.
