“Nak menikah ke?”
"......................................"
![]() |
| Salah, lagi dipersalahkan!!!!! |
Dan untuk itu, Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNya saya telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas ini dengan segulung ijazah.
Yang lebih menambah kesyukuran lagi adalah, saya masih lagi berada dalam dakwah dan melalui jalannya dengan istiqomah dan istimrar, kerana Allah SWT. Supaya Dia melihat dan redha dengan hidup hambaNya ini di dunia.
Salah seorang rakan sekelas saya merumuskan perjalanan hidup kami di UTP ini dalam ungkapan berikut:
Dear PGS students, it has
been a very long journey, a tough journey. We have fought and study diligently
and proudly for our family and ourselves. We are the special group, some will
say weird, who found in one another, a common funny side, a bond that exist
only in class, and hopefully beyond the gate. We shared assignments, discussed
in tests and quizzes. We have been frustrated and disappointed countless times.
I'm happy to be part of this family. You all deserve long, happy and successful
life.
-Vittaya Boon Suwansiri-
Pada saya, ada benarnya dalam ungkapan beliau. Kami bersusah payah, bahkan ada yang sampai nak masuk tahap survival (tak kisah GPA, janji graduate) untuk menamatkan pengajian.
Bertarung dengan kemalasan, kekangan masa, tugasan, test dan kuiz; mencari masa di celah-celah kesibukan itu sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana akhi dan ukhti dalam jalan dakwah. Dalam celah-celah itu kami mengisi semuanya dengan tugasan-tugasan kelas dan dakwah. Kami tak pernah mengatakan study adalah pertama, dan dakwah pula kedua. Keduanya adalah sama penting dan sama prioritynya.
Pengalaman saya sendiri melihat ada dalam kalangan kami yang kemudiannya memilih untuk keluar dari halaqoh, dan seterusnya meninggalkan dakwah sepenuhnya untuk menjaga GPA dan CGPA dari menurun (point: menurun, bukan fail) menyebabkan saya merasakan adalah tanggungjawab saya untuk graduate dari UTP, supaya tidak ada sesiapa pun yang boleh memfitnah dan mengatakan:
"Jangan join halaqoh/join kerja dakwah nih. Nanti tak dapat graduate."
Maaf mengecewakan pihak yang terbabit, saya telah membuktikan sebaliknya. Bahkan, ada yang dapat berbuat lebih baik dari saya. Ada yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana (Masters degree), ada juga yang dapat menjadi jurutera di PETRONAS. Saya sendiri bahkan, Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, masih dalam jalan tarbiyah dan dakwah dan dapat graduate. Malah, kalau bukan kerana tarbiyah dan dakwah, saya mungkin tak dapat graduate.
Kesibukan yang melampau?
Benar, kesibukan study dan dakwah amat menyempitkan masa-masa yang ada. Weekdays penuh dengan aktiviti di kampus (kelas, halaqoh etc.). Weekends pula penuh dengan aktiviti luar kampus (jika ada). Amat kurang masa untuk rehat dan sebagainya.
Kesibukan yang ada ini menyebabkan ikhwah-akhwat membiasakan diri untuk mengatur masa dengan planner harian, mingguan dan bulanan (kami memang ada buku Planner). Supaya kami sudah nampak di mana kesibukan dan kelapangan kami, mudah untuk diaturkan dan diisikan dengan tugasan-tugasan kelas dan dakwah. Bila sudah merancang, mudah untuk membayangkan dengan baik apa akan berlaku dan tindakan backup yang boleh diambil.
![]() |
| Yang ini sebijik dengan yang saya tengah pakai. Nak yang tahun depan punya, tengok bawah. |
![]() |
| Planner tahun 2014, Edisi Mesti Miliki. Hubungi no yang tertera untuk tempahan! |
Kegagalan untuk merancang ini menyebabkan salah satu terabai; kalau bukan study, dakwah yang kena.
![]() |
| Kebiasaan pemikirannya cenggini. |
Jadi, yang selalu dipersalahkan adalah halaqoh dan dakwah, bukan gagal merancang? Sedangkan bukankah sepatutnya kita yang merancang betul-betul supaya tak ada perkara yang terabai?
Kalau tak disibukkan dengan halaqoh, kita akan disibukkan dengan apa?
"Study je, tak enjoylah hidup"
Jadi, hidup akan disibukkan dengan berikut:
- Study
- Study dan couple.
- Study dan games.
- Study dan lepak kedai mamak.
- Study dan tengok movie.
- Study, couple, games, tengok movie, dan lepak kedai mamak.
- Dan banyak lagi contoh lain
Atau nak sibuk dengan study dan dakwah?
Pada saya yang sudah graduate ini, tak ada masalah pun sibuk dengan study dan dakwah. Sepanjang pengajian di UTP sekalipun, study dan dakwah pun dah cukup memenuhkan masa-masa saya. Tak ada ruang untuk saya bercouple, marathon movie etc., dan saya tak merasa rugi disibukkan dengan dakwah dan study sahaja kerana: inilah jalan untuk dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Benar, kadangkala saya sendiri tak dapat connect dengan kawan-kawan sekelas bila mereka ceritakan keseronokan mereka main game, dating dengan couple (paling tak faham part yang ini), tengok movie etc. Pernah tak kita juga tampilkan keseronokan kita dalam dakwah dan tarbiyah ini? Ketenangan dan kebahagiaan jiwa, kegembiraan bersama-sama ikhwah, suka dan duka yang kita peroleh sepanjang ditarbiyah dan mentarbiyah pelbagai jenis manusia. Pertemuan dan perpisahan antara ikhwah-ikhwah seperjuangan (kalau akhwat, sesama depa la). Tak bolehkah kalau kita berseronok dalam tarbiyah dan dakwah?
Berbuat perkara yang kita suka memang seronok, biarpun cuma main pen.
Tapi bukan semua perkara yang seronok boleh berbuah pahala dan sorga.
Carilah jalan yang memberi buah untuk kehidupan.
Kita menanam buah di dunia, petik hasil di akhirat kelak.
Mari jadi pelajar yang mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
***********************************************************************************
Ramai sudah yang beralasan kerana study, maka perlu untuk dia meninggalkan tarbiyah dan dakwah. Biarlah mereka yang merasakan cukup dengan bekal itu semata, dan semoga Allah SWT tunjukkan jalan terbaik buat mereka.
Ramai juga yang mempersiapkan diri masing-masing dengan pelbagai bekal untuk selepas graduate dari universiti, paling utama bagi mereka adalah bekal untuk memasuki alam pekerjaan. Pada saya yang sudah graduate ini, tarbiyah dan dakwah telah membekalkan saya dengan pelbagai benda, bukan sekadar untuk alam pekerjaan bahkan yang paling utama: bekal untuk kehidupan. Saya cuma sekadar graduate dari sebuah universiti akademik, sedang pelajaran universiti kehidupan masih panjang.
Semoga Allah SWT akan sentiasa menjaga dan mengekalkan kita, ikhwah-ikhwah dan akhwat-akhwat untuk terus istiqomah dan istimrar dalam tarbiyah dan dakwah, tak kira di mana pun posisi kita berada.
Now, the end is the new beginning.
30/10/2013, 3:38 petang
TTP
Menanti waktu riadah dengan ikhwah-ikhwah.
Semoga Allah SWT tunjukkan jalanNya, biarpun tak sama.
P.S - Tahniah kepada Ukhti Nurfatihah Syalwiyah yang menerima Anugerah Emas Chancellor pada Majlis Konvokesyen UTP ke-13 baru-baru ini! Ana doakan semoga Allah SWT akan sentiasa memberkahi kehidupan antumna di masa hadapan. Semoga ini akan makin membakar semangat ikhwah-akhwat untuk berbuat yang terbaik di UTP!
P.S - Tahniah juga kepada graduan-graduan UTP pada Majlis Konvokesyen ke-13 baru-baru ini.



